Tuesday, 2 September 2025

Ogos Bulan 'Cobaan'

Bulan Ogos, yang baru beberapa hari berlalu boleh dikatakan month full of stress. Sebabnya Abang dan Kakak ada peperiksaan percubaan/trial untuk SPM dan PSRA respectively. Bila anak² exam ni, tak dapat tidak mak ayah pun turut rasa gementar dan tertekan jugalah kan. Ummi pun samalah, bulan lepas tu memang mood swing memanjang 😅

Maunya tak stress tengok jadual Abang bulan Ogos hari tu. Back to back exams. Trial SPM Abang bermula 29/7-22/8. In between ada juga Pentafsiran Pusat utk Hifz (semak buku tahriri dan hafazan) dari Lembaga Peperiksaan dan Darul Quran. Untuk dapat sijil hafazan dari JAKIM lepas SPM nanti buku tahriri kena siap. Buku tahriri ni akan dijilidkan. 

Ummi rekod di blog supaya info ni boleh jadi rujukan juga utk yang memerlukan. Kongsi bukan saja pengalaman pertama anak ambil SPM tapi juga proses penilaian untuk aliran TMUA di SMKA. 

Anak soleh Ummi tekun jawab exam :D 

Ingatkan habis trial 22/8 tu dapatlah bernafas sekejap, tidak ye. Disusuli pula dengan UTQH (Ujian Tilawah Quran, Hafazan & Hadith) bagi subjek Pendidikan Islam/Quran & Sunnah. Ini betul² bukan cobaan :D. Markah akan dicampur dgn kertas ujian bertulis nanti. 

Anak² Batch 08 ni kuat ujian mereka. Masuk F5 bulan 2, bulan 7-8 trial SPM, bulan 11 ujian lisan, amali dan bertulis. Semoga dengan besarnya ujian ni, beroleh kejayaan yg besar juga hendaknya 🤲🏻 🤲🏻 🤲🏻 

Elok nak lega Abang habis trial, Kakak pula trial PSRA 😅
Selagi anak⁴ tak habis exam selagi tu la Ummi tak tenang :) 
Alhamdulillah Kakak kata dia boleh jawab semua. Lega Ummi dengar. Tapi leganya kejap je kot, sebab hujung bulan ni peperiksaan sebenar, bukan lagi cobaan :D 

Semoga yang baik² untuk anak² kita semua. 

28 comments:

  1. Anak2 periksa...mak2 yang x keruan...Moga anak2 PH beroleh kejayaan dunia akhirat...anak2 saya kecil lagi...tapi perlu jugak ambil tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
      Zaman skrg perlu keterlibatan mak ayah Sueann... Kadang rasa macam kita pun study sekali 😆

      Delete
  2. Semoga berjaya anak- anak...SA ni plak bulan 9 ni bulan dugaan, semua nak kena bayar, semua yang rosak...pening dah...dah la bulan birthday Khalaf ngan Dania...sama plak bulannya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh tu SA ..esp bab bday anak² tu. Tak celebrate kang merajuk pulak ye. Semoga dipermudahkan urusan kita hendaknya 🤲🏻

      Delete
  3. Ya Allah, PH. Kita yang seorang ni pun stress apalagi anak⁴ macam PH, mesti 4x stressnya kan. Semoga Allah swt terus memberikan semangat pada PH kerana umi adalah kekuatan anak² dan doanya yg makbul, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin³ tq SK.
      Kata² semangat gini sangat membantu 🤗

      Delete
  4. Minggu depan trial UPKK pula..tengok abang Mueez rileks je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boy mmg tak leh kata apa la Linda. Depa punya rileks tu yg buatkan mak² stress 😆

      Delete
  5. pagi tadi LM intai jadual exam spm acha. sampai dec la stress maksudnya.huhu. kita pun sama rasa tertekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Ada LM pun ada ambik SPM ye tahun ni...all the best!
      Sama² la kita stress ye :D

      Delete
  6. tulah, masa kyra kata esoknya dia ada UTQH ammi ingat trial. Rupanya yang sebenar. Allahhhhh macam mana ammi boleh terlepas pandang nak rekod.

    Kyra dah dapat dah result trialnya. Ada As, ada Cs and addmath masih G (G yang dah hampir nak luluslah kalini). B tak ada.

    Semoga tenanglah anak-anak batch 08 ni. In less than 90 days perjuangan sebenar bermula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg terkejut² la tahun ni punya schedule :(

      Abg belum dapat full result trial ni.

      Kita doa yg baik² ye Ammi, utk Kyra, utk semua anak2 Batch 08 ni.

      Delete
  7. Semoga terbaik keputusan Abang dan Kakak nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
  8. Igtkan zaman sekolah kita dah berlalu dah tak stress dgn ujian ye. Rupa2nya masih lagi stress dgn ujian anak2 pulak hehe. Tapi bagus jugak exam back to back ni, anak2 mmg akan fokus mengulangkaji je sepanjang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya stress ni takkan berhenti selagi bernama mak ayah hihi ...

      Delete
  9. Insyaallah dengan ketekunan mereka belajar bisa menjawab Exam yg sebenar dengan baik nanti 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
      Tq Fanny

      Delete
  10. Semoga Abang dan Kakak dapat jawab soalan dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang.. Anak-anak nak periksa memang buat kita tak keruan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Exam penting mmg tak boleh rileks maknya pun. Stress memanjang 😅
      Tq doanya Cik Nur

      Delete
  11. Buat yang terbaik ye abang dan anak- anak SPM semua..aunty SA doakan dari kejauhan

    ReplyDelete
  12. Back to back exams tu, mesti penat kepala otak mereka nak study dan menjawab. Struggle anak-anak zaman now belajar. Jadual pun padat. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadual padat itu yang bertambah stress tu. Cikgu² pun nak kena kejar silibus

      Delete
  13. Cobaan sekali harung tu.. takpe.. habis trial ambil nafas sikit... nanti sambung balik debaran huhu..

    ReplyDelete
  14. bittawfeeq wannajah utk anak2 kita semua

    ReplyDelete