Maulidur Rasul kali ni jatuh pada hari Jumaat. Tengok status WA kawan² pun mostly share video Maulidur Rasul, dekat TT pun sama. Rasa tenang je jiwa.
Semalam gegirls je cuti, hari ni Walid pun cuti juga. Abang dan Angah baru je balik ke asrama Ahad lepas sempena cuti hari Merdeka jadi minggu ni tak boleh balik la walaupun cuti 3 hari. Bila tak cukup korum, tak seronok nak ke mana² pun, duduk rumah je la.
Ini hasil karya Adik.
Setengah hari dok melukis je sebab kena denda, ada buat salah malam tadi. So no TV today.
Ada pelangi... Cantik melengkung sempurna, tapi tak berjaya nak ambil gambar penuh.
Sate ayam, kambing dan nasi impit semuanya RM1 satu. Satenya keras sikit, dah sejuk tapi nasi impit dan kuah kacangnya sedap. Timun pun rangup.
Nasi Goreng Kuali Besar, beli 2 bungkus. Sekarang sebungkus RM5. Sebelum ni kalau Rzm5 tu dah boleh dapat telur mata (add on) sekali. Sekarang tambah telur mata jadi RM6. Bukan nak komplen, tapi itulah hakikatnya sekarang ni. Serba serbi mahal.
Balik rumah terus makan. Kira early dinner la ni.
Sama² kita ambil ibrah dari kisah kelahiran dan perjuangan Baginda SAW. Sama² kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada Baginda.

Salam Maulidur Rasul. Selamat menjamu selera.
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul BK.
DeleteTq ingatkan untuk banyakkan selawat.
ReplyDeleteSama² kita amalkan :)
DeleteSalam Maulidur Rasul..
ReplyDeleteInsyaAllah, semoga sama² kita ambil ibrah perjuangan nabi Muhammad SAW
Ye Linda. Kita hayati dan ikuti sunnah Nabi kita .
DeleteSalam Maulidur Rasul.
ReplyDeleteWalau tak cukup korum, banyak juga dapat dimanafaatkan walau ke pasar malam. Harga makanan goreng kuali besar tempat sy masih RM4 hari tu. Nampak sedih tu lukisan orang kena denda, hehehe. Tapi cantikkkk.
Alamak nampak sedih ke lukisan tu SK? PH nampak macam dia nak ajak gi pantai ahaha
DeleteLama tak makan aiskrim goreng ni. Dulu pernah cuba masak aiskrim goreng.
ReplyDeleteSama, pernah juga buat bulajn puasa tahun lepas kot. Tapi skrg tak rajin, beli je la :D
DeleteWah, ada aiskrim goreng! Dulu-dulu selalu gorengkan untuk anak-anak.
ReplyDeleteSy dulu pelik macamana la rupanya aiskrim goreng ni Kak Amie hihi... Skrg bila jadi kegemaran anak² bukan setakat kenal, buat sendiri pun pernah juga. Nak bagi anak makan puas²
DeleteSalam Maulidur Rasul, PH.
ReplyDeleteSemalam saya pun ke pasar malam. Pun beli sate ayam, harga 70 sen secucuk. Pun beli nasi goreng kuali besar juga, RM5, termasuk telur mata. Lebih kurang sama taste kita di pasar malam. 😊
Murah lagilah harga sate di sana. Harga RM5 dgn telur mata tu awal tahun hari tu dapat lagi. Latest beli semalam RM5 hanya utk nasi goreng.
DeleteAah la Nur, sama pulak taste kita 🤗
haaa... pelangi yang sama akak snap photo petang Jumaat tu.
ReplyDeleteAda akk selit gambar pelangi dalam blog makan ayam gepuk.
Tak dapatlah nak kumpul semuanya bila ada yang tak boleh balik. Raikan cuti di rumah santai-santai pun okay. Dapat rehat gitu. Lama rasanya tak tengok pelangi. Dapat tengok tu best. Cantik karya adik, boleh digilap lagi tu. Pizza tu nampak gebunya tu.
ReplyDeleteharga nasi goreng tu tak dinafikan mmg dah mahal laa ni... sy beli pun kalau betul2 teringin nak makan
ReplyDeleteyg si bongsu di rumah kalau kena denda no tv, no handphone karang mulalah dia sepahkan bilik dia. remote tv dia sorok, pernah sekali dia tutup suis internet. ehhhhh geram tau kita dia melawan dalam diam
ReplyDeletemasa attend wedding ari jumaat lps, MZ sempat gak snap gmbr pelangi! nanti nak tepek kat blog
ReplyDeleteItulah kak, semua memang serba mahal saat ini. Kasihan nya dengan orang2 yang tidak mampu, yang gaji hanya standard minimum saja. 😔. Terasa sekali bagi mereka kenaikan harga walau mungkin kecil untuk sebagian orang. Paling sedih kalau yg naik itu harga barang2 pokok macam beras...
ReplyDelete