Saturday, 20 September 2025

Ayam Gepuk

Orang lain dah berzaman makan, dah repeat berkali² pun. Ummi pula baru first time cuba ☺️
Takpe, hidup ni bukan perlumbaan. 
Tiber haha... 

Ini pun bukanlah Ayam Gepuk berjenama besar. Ada penjual buka payung tepi jalan je. Namanya Ayam Gepuk AZ. 

Ummi tengok dari WA status Kak Iqa. Katanya sedap dan mengenyangkan. Porsi nasi besar dan ayam pun besar juga. Disertakan juga sayur kobis, tauhu, tempe, timun serta sambal gepuk, sup kosong dan kicap. Satu pek ni RM9. Sambalnya standard je kepedasannya, takde level² macam dekat restoran² ayam gepuk tu. 

Nasi boleh kongsi 2 orang, memang besarlah porsinya. Selain sambalnya yang sedap, sayur kobisnya (bawah ayam) tu sedap. Katanya goreng kosong je ye? 

Alhamdulillah merasalah juga makanan viral ni. Tq Walid belikan 🫰🏻

18 comments:

  1. Apa beza gepuk dan penyet ya? Murah itu lengkap semua sayur dan ayam besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantu jawab. Dalam bahasa Indonesia arti keduanya sama. Sinonim saja kak. Intinya, ayam ini setelah digoreng di pukul/digepuk sampai penyet 🤭😄

      Delete
  2. Murah tu.. portionnya pun besar. Kalau yang berjenama dalam RM12.90 sebab dah termasuk sewa kedai😄

    ReplyDelete
  3. Uncle sampai sekarang tak tau perbezaan antara ayam gepuk dengan ayam penyet.... macam sama je....

    ReplyDelete
  4. kalau camni macam lebih kepada ayam penyet je. ayam gepuk biasanya pakai sambal kacang gajus dan takde sup.

    tapi porsi nasi dan ayamnya nampak banyak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Akk pun tak tahu, almaklumlah kita ni first timer hihi

      Delete
  5. Sambal tu yg tak tahan kan.syedapp.sambil BW tengok ayam gepuk malam2 ni boleh mengundang..

    ReplyDelete
  6. Ayam gepuk ni fav dania..hari2 makan pun x pe kalau bg kat dia....tgok la badan dia skrg...kan main lagi ..

    ReplyDelete
  7. Baru juga makan ayam gepuk hari khamis lepas. Saya kadang confuse juga apa beza ayam penyet, ayamn gepuk, ayam geprek.. 😬

    ReplyDelete
  8. saya selalu beli ayam gepuk pak gembus cuma harga tak murah laaaa biasanya satu set dlm RM13+

    ReplyDelete
  9. Gepuk kalau sambal pedas dan kobis goreng sedap, mmg menangis mkn

    ReplyDelete
  10. biasa ayam gepuk xde sup..yg ni ada..tp sambalnya biasa mcm ada kacang + sambal gitu la..ni more mcm ayam penyet..biasa ayam gepuk dlm rm 1o ke rm 11 yg basic kalo xsilap

    ReplyDelete
  11. Kat Lipis ni pun macam2 ayam gepuk ada. Tak menahan tu sendiri claim ayam gepuk viral. Ada 1 kedai baru baru buka ayam gepuk jugak tapi Cie tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya ayam gepuk. Kalau sambal pedas sangat, kita cuit2 je.

    ReplyDelete
  13. Eh murah tu. Biasanya atas RM10 untuk ayam gepuk. Ayam dan porsi nasi besar tu berbaloi. Selama makan tak pernah lagi dihidangkan dengan sup. Biasanya kicap dengan sambal je. Ini dah bagus dah ni, harga murah ada sup lagi. Betul, saya pernah baca kobis tu digoreng kosong je sampai garing. Saya ingatkan dia campur kicap. Rupanya tak.

    ReplyDelete
  14. kobis tu kalau dah gelap gitu warnanya takkan goreng kosong je? letak kicap sikti kot

    ReplyDelete