Sekali lagi diundang oleh Tn Hj Yusof ke majlis perkahwinan anaknya. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Batu Muda. 6 tahun lepas kami pernah hadir ke dewan ni, atas undangan Tn Hj Yusof juga. Kali ni anak bongsu beliau yang diraikan.
Best selection buahnya; ada honey dew dan anggur selain tembikai dan oren. Sambal belacan tu sedap, pedas. Kami berdua ambil nasi je sebab tetamu tengah ramai, peak hour. Dah selesai makan nasi, terus bangun. Malas nak beratur ambil kuih-muih, apam balik, aiskrim dll yang disediakan oleh tuan rumah.
Walid pun tak sabar² nampaknya nak tegur kawan² ofis lamanya 🤭
Ada Tn Amir, Cik Ain... Itu je yang Ummi kenal pun. Itu pun tak berapa nak cam Cik Ain. Lama sangat tak jumpa kan. Plus tak expect akan jumpa, itu yang blur sekejap masa dia datang tegur. Udah le dia tanya "kenal tak?"
Ummi paling tak suka dapat soalan ni haha... Kalau kita ingat takpe, kalau tak ingat tu haru! Risau takut orang kecil hati kalau kita lupa namanya.
Cantik sampul raya MDV ni, ambillah gambar sebelum sampul bertukar tangan :)
Ada biskut White Castle dalam ni.
Sekali lagi terima kasih banyak Tn Hj Yusof atas jemputan.
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
Moga menua bersama buat pengantin. Pun ada pergi wedding sabtu ahad baru ni.
ReplyDeleteAamin...
DeleteGantung periuklah kita ye :3
sekarang ni door gift pengantin mcm2 sgt kan. ada bagi beras, gula, kicap. suka gak kalau dpt.
ReplyDeleteYe Kak Yan... kenduri esoknya tu dapat beras 😁
DeleteBestnya PH selalu dapat jemputan ke majlis kawen. Cantiknya board yang berbunga2 tu. Kotak door gift pun penuh bunga, cantik. Makanan pun nampak sedap2.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki ☺️
DeleteHujung minggu ni mmg gantung kuali :)
Kenduri anak bongsu. Lepas ni takde kenduri kahwin daripada Tn Hj Yusuf.
ReplyDeleteBetul. Kecuali Hj Yusof nak jemput kenduri aqiqah cucu pulak ahaha
Deletesama laa sy. kalau tanya mcm tu, sy jd bl. kdg muka igt. nama tak ingat hahaha
ReplyDeleteRisau takut salah nama, kecik hati pulak 😅
DeleteHehe memang takut dapat soalan kenal tak tu. Kalau kita igt2 lupa, rasa kejam pulak
ReplyDeletePaling seram, salah nama. Takut org kecik hati huhu
Deletehappy ke majlis perkahwinan ya..mencuri perhatian kita nanti melihat aura pengantin raja sehari..
ReplyDeleteHari bahagia mereka pasti auranya menyerlah :)
DeleteJawab je muka ingat tapi nama lupa
ReplyDeleteTak sampai hati 🤭
DeleteKira majlis penutup lah ni sebab anak bongsu. Alhamdulillah dapat menghadiri jemputan. Kalau peak hour ni kita kena makan cepat sikit, ramai lagi menunggu. Tak ada rezeki lah nak rasa makanan sampingan yang ada. Tapi tak apalah rezeki dapat berjumpa mereka yang dah lama tak jumpa. Saya pun tak suka soalan tu. Kalau kenal tu takpe lagi.
ReplyDeleteAah penutup dah.
DeleteKan? Takut salah jawab nanti kecik hati pulak 🤭
Akak kan kalau orang tanya (perempuan).. ingat tak.. akak buat aksi ala² manja sambil pegang tangan... minta maaf.. cakaplah umur dah setengah abad🤭
ReplyDeleteOkay bole try cara Akk ni hehe
DeleteCantik simple suka pelamin tu.
ReplyDeleteKan... Terus nampak/fokus pengantin :)
DeleteSaya pun sama... Saya nih agak susah menghapal nama dan mengingat muka orang. Kecuali dah sering lihat yaaa. Tapi kalo dah lama tak jumpa, dan dulu pun tak terlalu dekat, memang wassalam 😅
ReplyDeleteKan? Sbb tu risau bila ditanya begitu
Deletemusim wedding dh start ni! weekend ni MZ ada jemputan wedding jugak :)
ReplyDeleteRezeki kita, gantung kuali:D
DeleteDoorgift simple tapi padu! White Castle cookies, terus mood happy bila buka
ReplyDeleteHadiah gini buat tetamu senyum :)
DeleteDah nak hujung tahun ni memang ramai yang buat kenduri kahwin kan
ReplyDeleteAah SA. Meriah jemputan saban minggu
Delete