Wednesday, 27 August 2025

Sarapan di Restoran Mak Limah, Batu Caves

Banyak betul urusan semalam. 
Apa² hal pun kita makan dulu 😁


Jam 7.30 pg dah berada di Restoran Mak Limah Batu Caves untuk sarapan memandangkan ada urusan di agensi kerajaan berhampiran. 

Makanan semuanya baru dikeluarkan, untung datang awal. Lauk pauk dan kuih muih panas² lagi. 

Nasi goreng Ummi ni pun baru je diletak dalam tray. Ambil juga begedil seketul dan rendang limpa. Rendang limpa ni kalau teringin beli je la, lagi mudah. Ummi je pun yang suka limpa dekat rumah ni. Anak⁴ menurun ikut Walid, kurang gemar hati dan limpa. Popia sayur pun baru digoreng, haruslah ambil sebiji. 

Walid pun ambil nasi goreng. Ada lauk sardin seketul, telur puyuh, telur mata dan kuih keria seketul. 

Makanan dekat sini sedap ye, masakan Melayu. Pilihan pun banyak. Harga pun bagi Ummi agak murah. Makanan kami berdua 👆🏻 dengan air teh tarik dan neskepe O jumlahnya RM21. Murah rasanya sebab masing² pun ambil lebih dari satu jenis lauk/masakan. 

Kami makan di luar ni. 
Sejuk bila ada angin pagi sekali sekala berpupuk. Vibe macam lepak kedai mamak. Tapi makanannya makanan Melayu 👍🏻

Restoran ni di belakang Petronas Jln Sg Tua. Pernah makan di sini sebelum ni. Lama dah... Sekarang restoran nampak lebih ceria (cat baru kot). 

Restoran Mak Limah 
Lot 11, Jalan Dataran Selayang 2, 
Dataran Selayang, 
68100 Batu Caves, 
Selangor

25 comments:

  1. Betul.
    Apa-apa urusan pun, perut kena alas dulu.
    Mata terpandang kuih keria di antara nasi goreng pelbagai lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kak, Sy tengok balik gambar ni pun rasa nak repeat Kak 😅 kuih muih baru diangkat dari kuali tu yg bertambah sedap

      Delete
  2. Makan dating berdua kalau tak sedap pun jadi sedap haha

    ReplyDelete
  3. Ya betul. Isi minyak dulu baru broom broom

    ReplyDelete
  4. Betul tu, makan dulu biar cukup tenaga nak selesaikan banyak urusan tu. Untung sangat datang awal dapat masakan panas-panas lagi dan banyak pilihan. Ye, dia macam tu lah. Kalau benda kita makan sorang je lebih baik beli. Nak masaknya pun renyah juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa² nasi dulu, orang Kedah kan :p
      Betul renyah nak masaknya kan Fiza

      Delete
  5. Bestnya dapat makanan panas², pelbagai pulak tu lauknya walaupun masih awal pagi. Kecur tengok pinggan PH dan Walid, rasa nak tumpang dua suap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan baru serve kan kita pun rasa nak angkut semua SK ahaha

      Delete
  6. Banyak pilihannya ya PH?. Ingat Restoran Kak Limah....tengok balik ohhhh Mak Limah.....

    ReplyDelete
  7. rasenya macam pernah makan dekat sini, tapi ikot pintu belakang, which is dari Petronas..tu yang tak perasan nama nya...tapi dari gaya lokasi nya, macam kedai yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Boleh masuk dari Petronas tu atau pun dari JPN/TH Batu Caves tu juga. Buka sampai malam katanya

      Delete
  8. rasanya mcm pernah makan rendang limpa ni.. tp dulu mak mentua masak campur daging dan hati.. bagi banyak lauk katanya.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg campur, dipanggil rendang nasib kalau tak silap Akk. Yang dekat kedai ni smlm limpa semata

      Delete
  9. nasi goreng baru ltk best tu sbb panas2 baru masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Lepas tu belum terusik lagi best rasanya

      Delete
  10. tak pernah lagi mkn kat sini...jrg la gi area sg tua tu sebenarnya

    ReplyDelete
  11. Sedaaaaap 😍😍😍. Dah lamaa saya tak ke area batucaves. Dulu kalo kesana hanya karena nak ke patung Hindu yang terkenal itu. 2x kesana hanya utk melihat patung besar. Mungkin hrs kesana lagi, tapi untuk kuliner 😄

    ReplyDelete
  12. Semoga happy makan di tempat yang menarik..ammiin

    ReplyDelete
  13. Apa² hal makan dulu.
    Sesekali makan rendang limpa ya, mesti sedap tu.

    ReplyDelete
  14. Perut dah diisi baru la semua urusan menjadi kan

    ReplyDelete