Banyak betul urusan semalam.
Apa² hal pun kita makan dulu 😁
Jam 7.30 pg dah berada di Restoran Mak Limah Batu Caves untuk sarapan memandangkan ada urusan di agensi kerajaan berhampiran.
Makanan semuanya baru dikeluarkan, untung datang awal. Lauk pauk dan kuih muih panas² lagi.
Nasi goreng Ummi ni pun baru je diletak dalam tray. Ambil juga begedil seketul dan rendang limpa. Rendang limpa ni kalau teringin beli je la, lagi mudah. Ummi je pun yang suka limpa dekat rumah ni. Anak⁴ menurun ikut Walid, kurang gemar hati dan limpa. Popia sayur pun baru digoreng, haruslah ambil sebiji.
Walid pun ambil nasi goreng. Ada lauk sardin seketul, telur puyuh, telur mata dan kuih keria seketul.
Makanan dekat sini sedap ye, masakan Melayu. Pilihan pun banyak. Harga pun bagi Ummi agak murah. Makanan kami berdua 👆🏻 dengan air teh tarik dan neskepe O jumlahnya RM21. Murah rasanya sebab masing² pun ambil lebih dari satu jenis lauk/masakan.
Kami makan di luar ni.
Sejuk bila ada angin pagi sekali sekala berpupuk. Vibe macam lepak kedai mamak. Tapi makanannya makanan Melayu 👍🏻
Restoran ni di belakang Petronas Jln Sg Tua. Pernah makan di sini sebelum ni. Lama dah... Sekarang restoran nampak lebih ceria (cat baru kot).
Restoran Mak Limah
Lot 11, Jalan Dataran Selayang 2,
Dataran Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor
Betul.
ReplyDeleteApa-apa urusan pun, perut kena alas dulu.
Mata terpandang kuih keria di antara nasi goreng pelbagai lauk.
Aah Kak, Sy tengok balik gambar ni pun rasa nak repeat Kak 😅 kuih muih baru diangkat dari kuali tu yg bertambah sedap
DeleteMakan dating berdua kalau tak sedap pun jadi sedap haha
ReplyDeleteI like this comment ahahaha 😆
DeleteYa betul. Isi minyak dulu baru broom broom
ReplyDeleteBrooom brooom nak ke mana tu puan? Ahaha
DeleteBetul tu, makan dulu biar cukup tenaga nak selesaikan banyak urusan tu. Untung sangat datang awal dapat masakan panas-panas lagi dan banyak pilihan. Ye, dia macam tu lah. Kalau benda kita makan sorang je lebih baik beli. Nak masaknya pun renyah juga kan.
ReplyDeleteApa² nasi dulu, orang Kedah kan :p
DeleteBetul renyah nak masaknya kan Fiza
Bestnya dapat makanan panas², pelbagai pulak tu lauknya walaupun masih awal pagi. Kecur tengok pinggan PH dan Walid, rasa nak tumpang dua suap.
ReplyDeleteMakanan baru serve kan kita pun rasa nak angkut semua SK ahaha
DeleteBanyak pilihannya ya PH?. Ingat Restoran Kak Limah....tengok balik ohhhh Mak Limah.....
ReplyDeleteHaha... Teringat citer Kak Limah ke Ezna :D
DeleteTu citer Hantu tu PH. Haha....
Deleterasenya macam pernah makan dekat sini, tapi ikot pintu belakang, which is dari Petronas..tu yang tak perasan nama nya...tapi dari gaya lokasi nya, macam kedai yang sama
ReplyDeleteBetul. Boleh masuk dari Petronas tu atau pun dari JPN/TH Batu Caves tu juga. Buka sampai malam katanya
Deleterasanya mcm pernah makan rendang limpa ni.. tp dulu mak mentua masak campur daging dan hati.. bagi banyak lauk katanya.. ^^
ReplyDeleteAda yg campur, dipanggil rendang nasib kalau tak silap Akk. Yang dekat kedai ni smlm limpa semata
Deletenasi goreng baru ltk best tu sbb panas2 baru masak
ReplyDeleteBetul tu... Lepas tu belum terusik lagi best rasanya
Deletetak pernah lagi mkn kat sini...jrg la gi area sg tua tu sebenarnya
ReplyDeleteSedaaaaap 😍😍😍. Dah lamaa saya tak ke area batucaves. Dulu kalo kesana hanya karena nak ke patung Hindu yang terkenal itu. 2x kesana hanya utk melihat patung besar. Mungkin hrs kesana lagi, tapi untuk kuliner 😄
ReplyDeleteSemoga happy makan di tempat yang menarik..ammiin
ReplyDeleteMenu ni sampai ke tengahari laa kenyang
ReplyDeleteApa² hal makan dulu.
ReplyDeleteSesekali makan rendang limpa ya, mesti sedap tu.
Perut dah diisi baru la semua urusan menjadi kan
ReplyDelete