Panggil H, our aircond man untuk service aircond di master bedroom kami.
Sebelum ni set 24°C w full kipas pun tak sejuk. Sekarang set 27°C pun sejuk ya amat. Banyak habuk kata H. Gas ada lagi. Puashati kerja dia, teliti dan kemas.
Sambil tu minta H tolong buat beberapa perkara lagi.
Pasang wall fan dan baby fan di bilik Kakak dan Adik. Ceiling fan yang lama terpaksa diturunkan sebab sangkut pada wardrobe yang baru dipasang tu.
Masa ukur contractor kata lepas tapi blla pasang tak lepas pula blade kipas tu dalam 2 inci. Sebab bawah wardrobe tu kan ada macam platform sikit itu yang ukurannya lari sikit.
Wall fan Mitsubishi sama dgn wall fan dapur Ummi. Manakala baby fan tu jenama Rezo, first time beli jenama ni. Dah namanya baby fan, manja² je putarannya. Kena buka full swing baru sejuk kata Kakak. Harga (for record) RM230 dan RM200 respectively.
Minta juga H gantikan cover suis ni. Bilik anak jantan, hilang habis cover pun. Tekan suis macam nak bergaduh. Geram je Ummi Walid tengok 🤨
Total upah;
Ironinya, bila aircond dah sejuk hujan pulak turun :) 2 hari berturut² dah hujan di tempat kami alhamdulillah.
Hujan 7 Zulhijjah semalam.
Siap ambil video sebab excited dah lama tak hujan lebat gini :D
hujan lebat gini kalau bukak aircond memang gigil laaa hahaha
ReplyDeleteBest tarik selimut ahaha
Deletemmg sllu kejadian cmtu, masa econ kurang elok, hari panasssss.. bila eocn dah servis, hujannn pulak ehehehe
ReplyDeleteBegitulah hihi
DeleteKat Lipis ni panas betul. Ada la juga hujan kadang2 tu.
ReplyDeleteSama la Gombak pun. Kalau hari panas tu mmg bahang betul
DeleteTidak boleh alih jauh sedikit ya kipas siling daripada almari?
ReplyDeleteBagusnya jumpa orang yang teliti buat kerja.
Dia punya port dekat situ. Kalau alih kipas terpaksa ubah port tu lagi banyak kerja.
DeleteAlhamdulillah boleh diharap H ni
Sini pun panas semalam, hari ni mendung pulak tp x hujan.. bila mendung jd malas pulak dh 😅
ReplyDeleteBila mendung best golek² depan TV ahaha
Deletevkend aritu panas...buka ekon pn tk rasa sgt..skarang tido kt hall sejuk skit...panas dijangka beretrusan sehingga sept...tp ada masa ujan lebat mmg tkpayah on ekon
ReplyDeleteKami pun kalau panas sangat tidur dekat hall juga .. sejuk sbb ruang terbuka dan lebih luas compared to bilik tidur tu
DeleteAlhamdulilah hujan juga kan PH...Idak ya allah panas sangat.
ReplyDeleteBetul...kadang tu tengahari pun mandi ... Rasa panas dan belengas huhu
DeleteSama harga servis dgn our ekon guy. Haritu my sister kene 250, gila mencekik betul org tu
ReplyDeletePernah juga kena harga yg mahal Ammi. Mula tu okay tp after few times kita engaged dia buat kerja tak memuaskan hati pulak. Itu yg tukar orang ni.
DeleteLebih kurang je harga kat sini...2 hari ni hujan...best...
ReplyDeleteMmg standard gitu la kot rate-nya kan...
Deleteyeayyy... sejuk dah lepas servis.
ReplyDeletePuashati boleh servis benda lain.
Sejuk ya amat Kak hahaha
DeleteSaya malah menunggu kapanlah panas 🤣. Dah pening kepala baju susah kering. 😅
ReplyDeleteKalau ketemu teknisi yg bagus kerja, rapi, teliti, memang sukaaa lah. Pasti JD langganan.
Lihat temperature aircond kakak, kalo saya dan suami awal2 ribut juga. Sebab saya tak kuat panas. JD AC dari dulu memang harus 16 + kipas angin 🤣🤣🤣. Suami saya tak masalah AC 16, tapi fan ini yg dia tak suka 😂. Lama2 paham juga, istrinya lah pula putri es 🤣
Waduh 16°C itu nanti mahal bil letriknya Fanny 🫣
DeleteAkk pun ngak bisa tidur tanpa A/C ya...kalau boleh 24 jam mau ber-a/c saja haha
MZ service aircond rate RM150 (dh bertahun2 service dgn org/syarikat yg sama)
ReplyDeleteOkay tu harganya tak berubah ye...
DeleteLama-lama pakai, aircond pun perlu ‘me time’ juga servis dulu, baru sejuk balik macam dulu. Biar angin keluar segar,
ReplyDelete