Balik dari Mesyuarat KSIB Angah, terpandang ni 👇🏻
Mula tu fikir orang salah letak ke?
Tapi disangkut bahagian dalam pagar, bukan di luar pagar. Maknanya memang nak bagi kepada kamilah kan...
Kebetulan nampak Bibik, Ummi tanyalah dia.
Katanya,
"Ada kereta hitam tadi, macam kereta boss (majikannya) berhenti ... Saya nampak itu ... "
Bila Bibik cakap begitu, Ummi dah boleh agak siapa. Tapi tanya Walid dulu untuk sahkan. Bab makanan ni tak berani nak semberono ja.
Benar bagai diduga, ianya pemberian En Rizal Caterer. Dia dah called Walid sebelum hantar tadi rupanya.
Ada pulut kuning dengan rendang ayam & sambal bilis dalam bekas besar tu serta puding roti dlm bekas kecik. Sebahagiannya Ummi berbagi dengan jiran² sebab kami berdua je masa ni. Walid masih di kampung.
Masa passed pulut pada Rizqy, ayahnya tanya "Akk tak pergi kenduri ke dekat TKP tu?"
Allah, baru teringat ada jemputan kenduri kahwin anak siak surau. Tapi sebab Walid takde, Ummi pun tidaklah berhajat nak pergi.
Tqsm En Rizal, semoga bertambah luas rezekinya. Seronok tengok sekarang makin rancak business kateringnya tu.
Banyak dapat corporate job 👍🏻
Alhamdulillah ..
ReplyDeleteBenarlah rezeki tidak pernah salah alamat...
Adui...sebut pulut dengan sambal bilis...terliur ni
Betul la alamat rumah kami ni 😂
DeleteAlhamdulillah rezeki yang tidak di sangka
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteBanyaknya dapat makanan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sampai tak termakan NA. Itu yg panjangkan ke jiran² juga
DeleteMurah rezeki pemberi, bagi banyak pulak tu. Takyah susah2 masak kak PH hehe
ReplyDeleteMemang tak masak dah la hehe
DeleteAlhamdulillah rezeki dapat bekalan makanan. Betul tu kalau bab makanan kena tau siapa yang hantar.
ReplyDeleteKan, risau juga sbb makanan ni jadi darah daging kan...
DeletePernah dapat juga yang disangkut di pagar tapi sampai ke sudah tak tahu siapa yang bagi. Tak berani nak makan. Kawan saya pernah terkena orang letak dalam makanan sampai nak bangkit tak larat.
ReplyDeleteBab ni risau juga kan. Memang selagi tak tau pemberinya nak sentuh pun tak berani :(
DeleteAlhamdulillah, banyak dapat tu. Rezeki sama dikongsi.
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletealhamdulillah rezeki!
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAlhamdulillah rezeki PH dan keluarga
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteAlhamdulillah rezeki PH sekeluarga...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteRezeki jangan ditolak ye. Tp bab org tinggalkan makanan mmg risau jugak nak makan sembarangan ek
ReplyDeleteSelagi tak tau siapa pemberinya mmg tak berani nak makan. Nak sentuh pun was² juga. Skrg ni kan macam² hal pelik² :(
DeleteAlamak.. done...done teringin makan pulut huhu..
ReplyDeleteRezeki tu bila ada yang berkongsi rezeki.
Alamak haha... Kalau dekat sy share dah dgn Akk 😁
DeletePuding rotinya nampak sedap 😍😍. Sukaaa dari dulu puding roti ini. Apalagi mudah dibuat. Makan dengan vla manis hangat, makin enak
ReplyDelete