Wednesday, 28 May 2025

Ahlan Ya Zulhijjah

Malam tadi wakil Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu, Dato' Hj Mohd Aseral (Timb S/U Majlis Raja Raja) telah mengumumkan yang tarikh 1 Zulhijjah bagi negeri² di Malaysia jatuh pada 29 Mei. 

Sama² kita perbanyakkan amal² soleh seperti puasa sunat, bersedekah, membaca Al Quran serta zikir² dah istighfar sebanyak²nya. Kata Ustaz, kalau hari lain kita baca Al Quran 2 m/s, 10 terawal bulan Zulhijjah ni cuba gandakan kpd 4 m/s. Kalau biasa sedekah RM1 sehari, cuba up sikit, jadi RM2 sehari. Maksudnya perbanyakkan amalan sebab 10 hari terawal ni sangat istimewa dan besar kelebihannya. 

In Sha Allah kita akan menyambut raya haji Sabtu depan. 

Selalu teka warna baju Tan Sri Penyimpan Mohor Besar Raja Raja tak pernah betul. Kali ni betul tekaan Ummi, tapi bukan Tan Sri yang muncul :)  

Selamat menyambut bulan Zulhijjah dan sama² kita perbanyakkan amal ibadah. 

14 comments:

  1. Alhamdulillah, sama sama kita memperbanyakkan ibadah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share 😁 huhu kenapalah cuti tak jatuh pada hari jumaat kan

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah... Semoga sama2 kita rebut keberkatan 10hari pertama nie... Aamin

    ReplyDelete
  4. Tan sri takde malam tadi. Tiba2 eh orang lain.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih perkongsiannya.
    Sebelum ni dok baca, jangkaan raya hari Jumaat.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah. tak sbr nak balik beraya yayyy

    ReplyDelete
  7. Kali ni orang lain pula yang muncul.

    ReplyDelete
  8. tu sllunya Tan Sri Syed Danial kan hehe

    ReplyDelete
  9. Ramai yang kata Jumaat sebelum ni kan.
    Moga amalan kita di bulan Zulhijjah ini diterima Allah.

    ReplyDelete
  10. sekejap je dah nak raya haji kan.. Tahun ni tk balik kampung sebab opah Aini ado di bandar..hehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...Selamat beramal menambah pahala. Kita akan meraikan hari raya haji pada hari Sabtu. Lain rupa penyampai mohor besar kali ni.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya Indonesia idul adha lebih dulu, Krn jatuh tgl 6... Reminder juga baca ini, buat saya supaya perbanyak LG baca Alquran. Lagi agak longgar saat ini, banyak skip 😔.

    ReplyDelete