Wednesday, 27 November 2024

Sedapnya Berurut di Ayu Borneo Wangsa Maju

Alhamdulillah akhirnya dapat juga pergi berurut di Ayu Borneo (AB). 

Mula tu kami dah ke tempat lain, sebab buka awal (pukul 10) dan lebih murah cajnya. Dah call 2 hari sebelum, katanya boleh walk in. Bila sampai, katanya dah ada orang booking slot pukul 10.30 pagi tu. Disuruh datang semula pukul 12. Call outlet lain, pun minta datang pukul 12 sebab masseur lelaki pukul 12 lebih baru available katanya. Masseur lelaki ni utk Walid ye. 

Pukul 11 lebih (AB buka pukul 11 pg) Ummi call AB Wangsa Maju. Gamble je sebab dengarnya AB ni kena buat reservation awal. Alhamdulillah ada slot kosong pukul 12. Ummi terus booking slot sebab di AB memang ada masseur lelaki. 

AB dekat first floor
Bawahnya Restoran Ali, Muthu & Ah Hock.

Tampak mewah dekorasinya dan ambient sangat selesa. Dengan muzik yang menyenangkan, belum diurut pun rasa nak tidur dah 😆

Reception counter
Masa regi ni kami diminta pilih minyak urut yang kita nak. Ummi pilih lavender, Walid pilih lemongrass. Ada juga coconut and few others. 

Pilihan pakej pula kami ambil full body massage. Harga; 

RM107 tanpa minyak 
RM117 dgn minyak (1 jam ½)
Tambah  RM10, dapat up masa ½ jam lagi. Jadi, kami pilih 2 jam dgn harga RM127/person)

First depa akan cuci kaki kita dulu, then baru dibawa ke bilik urut. 
Kasut kita akan disimpan dlm loker. 
Kita diberi sandal untuk kegunaan dlm premis ni. 

Berkenan dengan tile tu 🤩
Kalau ada pemisah antara dua kerusi ni pun elok juga utk memastikan aurat Muslimat lebih terjaga. 

Ladies section tingkat atas. Ada lift disediakan. Layanan staff sangat baik, professional dan well trained walaupun semua nampak muda² lagi. Diorang dari Thailand, boleh berbahasa Inggeris. 

Urutan mula dari bahagian belakang, kedudukan meniarap. Ada tempat rasa sakit bila ditekan²,  tapi lepas ditekan², digosok² rasa lega yang amat sangat. Ada ketika masseur letakkan hot stone atas belakang kita. Very  relaxing. Tapi, bila kena gosok dengan batu pada kawasan yg bersimpul urat/angin,  sakit juga 🤭 

Apapun alhamdulillah badan terasa sangat ringan dan cergas lepas diurut ni. 

Teh Halia sebagai penutup berurut. 

Sebelum balik tu kami solat Zohor siap². Ada surau dan bilik air yang selesa dan bersih disediakan. 

Lepas ni kalau nak berurut, memang akan ke sini je la. Puashati sangat dengan layanan dan suasana di AB ni. 

Ayu Borneo Wangsa Maju 
1, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Tel: 03-4141 6661 
Waktu Operasi: 11.00 pg - 12 t/mlm 










31 comments:

  1. bestnya dapat berurut. tempat tu pun menarik. berbaloi bayaran pun takdela mahal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak lah mahal sangat wpun ada nama Ayu Borneo ni... Cwngn pun merata juga

      Delete
  2. Bestnya PH...SA memang mencari tempat untuk berurut ni...sedang elok entry PH masuk ha...

    ReplyDelete
  3. macam best je ni.. nknkena try juga ni sebab dok sakit² sengal2 badan je ni.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila² Ily... Lepas berurut tu rasa best & legalah urat2 dah tak bersimpul hehe

      Delete
  4. Pernah kawan saya pergi di cawangan kajang, pergi time happy hour pukul 1-3 pm dapat tak sampai RM100 pun :D teringin nak mengurut relaxing macamni, tapi saya ni cepat geli bila kena urut. Padahal badan kita sengal2 jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula² x biasa mungkin geli kot...
      PH sbb dah pernah mengurut lepas bersalin jadi geli² tu dah hilang haha...

      Delete
  5. Sedapnya urutan ni PH. Memang nak gi urut juga tapi takde kesempatan. Kalau urut je gi IOI City Mall sebab ada Ayu Borneo dan Thai Odyssey. Sakit kan bila urut kat tempat yang tersimpul urat....selalunya tahan je sebab lepas tu kita lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti free² bolehlah pergi Ezna... Rasa lega & ringan je badan lepas berurut ni ...

      Delete
  6. Puas hati sungguh ni PH, 2 jam pulak tu. Siap boleh pilih jenis minyak urut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah puashati sangat PU. Badan pun rasa ringan je la dah keluar segala angin² hihi

      Delete
  7. pernah pegi survey juga tmpt ni tp blum try lg treatmentnya....adik kita mmg slalu pegi ayu borneo tp cawangan shah alam la...die mmg regular customer...syok dpt manjakan diri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali pergi mesti nak lagi MT hehe... Bagi PH puashati sangat 👍🏻

      Delete
  8. thanks for sharing! kat AB ni ada buat scrub badan jugak tak? i kalau pergi massage, memang amik yg ada pakej scrub jugak...dh bertahun ni tak gi spa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry MZ, tak sure pulak. Maybe u can call them. Lupa nak snapped pamphlet diorg 🙏🏻

      Delete
  9. Kira murah juga la 2 jam rm127 tu...
    seronoknyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, berbaloi juga dgn service yg diberikan serta fasilitinya yg selesa

      Delete
  10. selalu nampak tapi x pernah pegi..ish ni rasa nk g ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la AD, Insha Allah rasa legalah sengal² lenguh² badan :D

      Delete
  11. Uiii.. kita tak pandai pergi tempat² mcm ni, hihi. Rasa teringin pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita.. teringin tapi tak pernah cuba.

      Delete
    2. Best SK hihi...
      Sesekali manjakan diri :D

      Delete
  12. Bestnya berurut. Memang kena manjakan badan sekali sekala kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, banyak sangat urat/angin bersimpul hihi

      Delete
  13. Yg saya suka kalo pergi ke tempat massage nih, wangi dari ruangan mereka, dan vibe nya yg tenang.

    Dah lama tak urut kaki. Dulu zaman dating Ama suami, sebelum nikah, kami suka ke tempat2 refkeksiologi seperti ini. Tp Krn saya tak kuat geli, jadi selalu urut kaki saja 😂. Itupun awal2 dan tertawa sangat. Lama2 baru biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, vibe nya tenang bikin kita rasa senang & relax sekali :)
      Oh kamu ngak tahan geli ya hehe...

      Delete
  14. wahhhh.. best ni healing time. Pergi pulak dengan inche suami.

    ReplyDelete