Ada urusan di Bukit Damansara tengahari tadi, langsung kami tunaikan solat Zohor di Masjid Saidina Umar Al Khattab yang terletak di Jalan Setiabudi.
Lama tak datang area sini, terkejut juga tengok pembangunan yang agak extensive di kawasan ni termasuk kewujudan Pavilion Damansara Heights.
Excited first time jumpa masjid yang gunakan pintu begini; kena press button baru terbuka pintu masuk ke ruang solat Muslimat ni.
Paling mengujakan, ada reading room yang sangat cosy dan best.... Sejuk, ada aircond.
Atas tu macam escalator tapi tak pasti la sebab kami tak masuk ikut situ. Tapi ianya idea yang amat bagus bila mana ruang bawah ni dimanfaatkan sebaiknya dgn diwujudkan sudut bacaan ni.
Untung anak² kariah masjid ni, ada masjid yang cantik dan ada kemudahan yang baik dan pelbagai. Pengerusi Masjid ni ialah Tan Sri Syed Hamid Albar, mantan menteri kabinet. Pastinya idea dan pengalaman luas beliau dimanfaatkan sepenuhnya utk pengurusan dan penambahbaikan masjid ni.
Wah! Ada reading room!. Terbaik
ReplyDeleteBagus inisiatif pihak masjid ni Uncle kan
DeleteMemang sgt cantik dan cozy
ReplyDeleteBetul tu MZ...
DeleteSelesa masjidnya ni PH. Dah lama pula tak ke area Bukit Damansara ni.
ReplyDeleteKami pun dah lama tak ke area sini, itu yg terkejut juga tak nampak rumah Jalan Dungun mcm dulu² :)
Deletewah siap ada reading room ye...cantik masjidnya
ReplyDeleteCantik dan selesa 👍🏻
DeleteBagus pengurusan masjid ni. Kalau ada buku2 boleh disumbangkan ni.
ReplyDeleteBetul juga tu SK, boleh sumbang buku kan 👍🏻
DeleteSelesa masjidnya PH..selesa dan setiap ruang dimanfaatkan
ReplyDeleteBetul SA, memang selesa sangat masjid ni
Deleteini memang level level masjid kayangan ni hihii.. nak try pergi juga lah :D
ReplyDeleteTengoklah chairman dia sapa 🤭
DeleteJarang2 saya lihat mesjid dengan reading room. Ini lah mesjid yg seharusnya. Digunakan sebagai tempat utk belajar juga bukan hanya beribadah
ReplyDelete