Saturday 13 April 2024

Reunion @ 3 Syawal

Alhamdulillah mudah sangat perjalanan reunion Ummi dan kawan² sekolah rendah. Dari segi perancangan hinggalah ke majlisnya sangat lancar alhamdulillah. 

Kami pilih raya ketiga sebab ramai yang balik kampung beraya. Walaupun kebanyakan kawan² sekolah rendah tinggal di kampung atau kawasan berhampiran macam Kulim, SP, Penang tapi ada juga segelintir yang berada di Lembah Klang, Melaka dan seorang di Sabah. Lebih 30 tahun kami tak jumpa, jadi kesempatan yang ada ni jangan dilepaskan. 

Seawal 8.00 pagi dah start merewang. Terima kasih kawan² AJK yang turun padang; Cikta, Cik Lan, Uncle Duan, Uncle Sikin, Cik Faza & doter, Uncle Bas, Cik Ida, Uncle Lias, Uncle Man dan geng masjid yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan pagi tuan. Tok Imam pun turun padang tengok persiapan. Majlis ni kami buat di masjid. Cikta anak Tok Imam, senang nak kawtim  :) Masjid ni dulu tempat kami belajar KAFA tapi masa tu imamnya Almarhum Wan Haji, bapa saudara Ummi. 


UL & US sedang melapah kambing. Kambing ni Cikta sponsor ♥️

Ummi ambil job ni, buang getah umbut pisang atau disebut batang pisang. Sambil² tu membawang juga :p 

Getah pada umbut pisang tu perlu dibuang. Manakala umbut pisang tu pula kena ambil yang lembut saja, bukan yang dah berpucuk dan bukan juga bahagian keras (pelepah). W/pun begitu, ada je Ummi jumpa orang jual GBP ( Gulai Batang Pisang) yang masukkan sekali bahagian pelepah tu, nak jimat kan...  Sebab nak cari umbut pisang pun susah sekarang ni, tak macam dulu². 

UD dan UB mengacau gulai. Tukang masak masjid tolong guide. Bagus juga kemahiran ni diperturunkan. 

Menjelang pukul 12 tu dah selesai semua persiapan. Balik dulu dan datang semula lepas selesai solat Jumaat. 

Meriah juadah raya kami. 
Ramai kawan² yang murah hati, sponsor itu ini alhamdulillah. 

Dessert table by Cik Ayu. Semua sedap². Dengarnya artis² pun tempah dengan CA ni ๐Ÿ‘

Lepas bacaan DOA dan tahlil ringkas, sesi paling dinanti; sesi makan :D 

Ummi serbu GBP dulu, dengan tapai pulut, Cikyah sponsor. Laksa Cik Diana pun sedap tapi Ummi lupa snapped gambar. In fact semua makanan sedap² alhamdulillah. Puas hati sangat. 

Terima kasih semua kawan² yang hadir bersama keluarga mahupun bersendirian. Paling best kawan2 berketurunan Siam, Rat & Rom yang sudi hadir. Sekolah kami dulu ada murid² Siam dari kampung sebelah. Setiap pagi diorang datang sekolah naik bas, kagum la Ummi tengok depa naik bas mai sekolah haha... Padahal itu je mode of transportation yang ada masa tu. Yang duduk kampung² Melayu ni kebanyakannya berjalan kaki je ke sekolah.  Berjalan kaki 2-3 km masa kira biasalah zaman tu. Kebanyakan keluarga pun hanya ada basikal tua saja. Yang ada motorsikal pun tak ramai, apatah lagi kereta. 


Terima kasih untuk kenangan indah yang dicipta ♥️

Ada rezeki kita jumpa lagi di lain masa. 

12 comments:

  1. pernah makan umbut pisang dalam gulai orang kedah.. sedap.. lembut shj..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah majlis berjalan lancar...PH orang kuat ni hihi

    ReplyDelete
  3. Lama terjalin hubungan silaturrahmi sejak sekolah rendah lagi!

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat jumpa kwn2 lama
    selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat jumpa kawan-kawan sekolah...SA x dan nak jumpakawan- kawan...semua dah ada hal masing- masing

    ReplyDelete
  6. Wahhhh.. reunion kwn sekolah rendah tu. Masa sekolah² dulu mesti tak terfikir akan menua kan, hihi. Meriah juadahnya, lebih meriah bila disediakan bersama².

    ReplyDelete
  7. hebat organizer ni boleh kumpulkan semula kawan2 30thn lepas..seronoknya rasa

    ReplyDelete
  8. Seronok aktiviti gini ni PH. Dapat jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa....

    ReplyDelete
  9. Kalau saya...terpa dessert table dulu...hahhaha
    Umbut pisang kami panggil riyas pisang..tapi kadamg he tam ja sebut batang pisang๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..seronoknya dpt gather2 ngan kawan lama....

    ReplyDelete
  11. Ya Allah saluuuut saya, banyak yg bantu memasak. Zaman skr biasanya pesan katering utk acara seperti ini. Hebaaaat teman2 kakak ๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Dan masakan pun sedap2 semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Saya juga kalo ada acara reuni seperti ini, diusahakan sangaaat bisa hadir

    ReplyDelete
  12. Time raya ni laa berpeluang buat reunion kawan-kawan sekolah . Sesekali berkumpul ramai-ramai buat portluck ni menarik juga . Seronok .

    ReplyDelete