Cuti Nuzul Al Quran 4 hari tu ambil kesempatan buat kuih raya. Buat Cornflakes Madu je :) Cipta kenangan dengan anak²...
Sumber: Siakap Keli
Bahan-Bahan:
Butter 250 gm
Madu 5 sudu besar
Gula perang 3-5 sudu makan
1 kotak emping jagung/ cornflakes
Cara Penyediaan:
1. Sediakan kuali dan gunakan api perlahan untuk mencairkan mentega, madu dan gula sehingga kesemua bahan larut sepenuhnya
2. Apabila kesemua bahan telah cair, tunggu seketika dan biarkan ia mendidih seketika dan tutup api dengan kadar segera. Selepas api ditutup, biarkan campuran mentega cair bersama madu dan gula suam sedikit.
3. Seterusnya, masukkan cornflakes ke dalam adunan dan gaulkan kesemua sehingga semua cornflakes disalut dengan campuran tersebut secara sekata
4. Kemudian, alaskan bakul air fryer dengan baking paper masukkan cornflakes yang telah disaluti campuran tadi ke dalam bakul air fryer. Jangan masukkan padat sangat cornflakes, takut masak tak sekata nanti. [Untuk saiz air fryer kami, Kakak masak 3 batch adunan di atas].
5. Tetapkan suhu dalam lingkungan 165-170 darjah Celcius dan masa dalam lingkungan tiga hingga lima minit. Biarkan cornflakes tersebut masak di dalam air fryer.
6. Apabila masak, masukkan Cornflakes Madu yang telah dimasak ke dalam bekas kedap udara.
Versi ni tak payah masuk dalam cupcake papers, terus masuk balang je :)
Alamak, nampak gaya, macam tak boleh bertahan sampai raya ni. Kena sembunyi dalam almari, bagi anak tak nampak. :D
ReplyDeletebiskut yg mudah buat ni...mkn pn laju juga....hah lg senang ni trus masuk balang ye..tk ltk dlm paper cupcake
ReplyDeletewahhhhh mudah buat & cepat licin juga ni hehe
ReplyDeleteCipta kenangan yang mahal, itu yang best tu. Alamak, kuih ni belum sempat raya dah boleh habis dah. hihi...
ReplyDeleteAnak2 pun dah request nak cornflakes madu ni. Weekend ni baru nak buat.
ReplyDeleteBagus tidak patah masuk bekas cawan. Hehe yang ini memang popular.
ReplyDeleteLagi 2 bekas kena sorok ke PH takut licin jugak. Haha
ReplyDeletedah beli dah satu paket besar tu cornflake nya. tapi belum start lagi
ReplyDeleteIris heboh nak buat ni.. x tau la bila nya. MA nak buatkan dia x kasi, dia nak buat sendiri katanya
ReplyDeleteSekarang lebih simple tak masukkan dalam paper cup dah kan..Anak jantan saya ada juga beli 2 balang saya ingatkan yang pedas tu sbb takda paper cup🤣
ReplyDeleteConrnflakes madu ni mudah sejerr nak buat
ReplyDeletecornflakes macam ni memang kesukaan ramai la ni..memang x jadi kuih raya la nanti
ReplyDelete