Jumaat minggu lepas Hari Bicara Akademik (HBA) Abang, Jumaat minggu ni 22/9 HBA Angah dan adik² dia pulak.
Lepas anak³ masuk sekolah, Ummi tunggu je dalam kereta hingga pagar buka.
Ummi pergi kelas Kakak dulu. Alhamdulillah, tidaklah mengecewakan walaupun Ummi target higher untuk dia.
Banyak nak kena improve khususnya subjek agama. BA JAIS dapat 47%, tapi BA KPM dapat 94%. Dia tak jawab bahagian kefahaman, tak reti katanya.
Susah hati Ummi, subjek teras tak memuaskan skornya. PKSK back to back dengan PSRA awal bulan depan. Mudah-mudahan sempatlah dia ulangkaji dan polish subjek⁴ teras ni.
Akhir sekali Ummi ke kelas Adik. Alhamdulillah, berita gembira menanti :D
Tahniah Adik!
Alhamdulillah, apapun syukur dengan keputusan PPT kali ni. Cumanya kena berusaha lebih kuat terutamanya Angah dan Kakak. Dari segi sahsiah berdasarkan feedback guru², alhamdulillah semuanya menyejukkan perut Ummi yang mengandung :p
Usaha lagi ye anak⁴ 💪
Tahniah adik dan tahniah buat anak yang lain.
ReplyDeleteMoga terus gigih menimba ilmu pengetahuan untuk dunia dan akhirat.
Wah..tahniah adik...!
ReplyDeleteKakak & Angah juga hebat...semoga terus cemerlang
Tahniah buat anak2 soleh & solehah sis 👏🏻👏🏻 minggu lepas pun saya pergi ambik result anak2. Byk subjek yg kena improve.
ReplyDeletecongrats... moga terus success!!!
ReplyDeleteSelamaaat kak puan. Membanggakan semuaa mereka 👍😍. Memanglah, kalau dapat tahu anak2 menjadi juara atau berprestasi di sekolah, rasa sejuuuk hati. 🤗☺️
ReplyDeleteHujan trus di sana ya kak? Kebalikan dari jakarta. Panas dah berapa bulan 🤣🤣. Gerah sangat
Sekarang ni memang time ibu ayah jumpa guru2 kan untuk tahu progress anak-anak. Moga berjaya lagi hendaknya.....
ReplyDelete