Monday 24 April 2017

Cerita long weekend...


Long weekend ni kami tak kemana pun. Nak pergi 'ukur shopping mall' pun rasa segan pulak, maklumlah hujung bulan hikhik... Duduk mereput kat rumah je la hehe... 

Percubaan pertama buat kek minyak dengan Angah. Kejadiannya tak berapa menjadi. Kena try lagi sekali baru boleh tayang kat blog. 



Sabtu malam tu kita dinner dekat kebun Tn Kasim. Menu simple je; sambal sardin, sayur petola, ikan pekasam & sambal dan ulam. Makan bertambah kita. Maklumlah suasana santai dalam kebun dgn angin sepoi2 bahasa memang best. Dessert kita makan coklat import from London, brought by k.Farah's sisters. Abang siap tapau masuk dalam poket baju melayu lagi :D 

Balik tu kita layan movie "The Impossible". Anak2 semua terlena depan TV, konon nak teman Umi tengok movie.  Padahal TV yang tengok depa. 



Pagi ahad kita ajak Angah  tolong kemas bahagian depan rumah. Pokok serai wangi tu dah merimba jadi elok kita kemaskan. Mak pun biasalah, ikut sama exercise. Pokok ubi kayu pun kita trim bagi kemas sikit. Nampak lapanglah sikit. Hari ni kita alih pokok limau nipis dari belakang ke depan ni. Pokok limau kasturi yang kita alih sebelum ni nampaknya dah tumbuh elok. Tak sabar tunggu berbuah.

Semalam kita gi masjid, dengar kuliah dhuha muslimat berkenaan isra' & mikraj. 


 Ustazah kat depan tengah ceramah, Adik lena sakan :)

Elok nak balik, pandai pulak dia bangun. Mata kiri bengkak kena gigit semut kot. 


Balik tu tengok hubby & co tengah cuci rumah. Sejuk mata ceq  :) 

4 comments:

  1. Angah ni rajin ye PH...asyiklah awak sebut nama dia bila tiba bab mintak tolong.

    Hakak pulak mereput jugak kat soping mall ni hihi...alah setakat window soping apalah sangatkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan je Kak... Banyak pulak dia interprem :)

      Kita tak minat window shopping, rugi tak beli pape kihkihkih

      Delete
  2. bestnya dapat tanam pokok2 dekat rumah, rumah saya ni ak cukup tanah nak tanam pokok2 macam tu

    ReplyDelete
  3. senang ye bawak anak kecik ke masjid, lena dia tido

    ReplyDelete