Thursday 3 April 2014

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran


Firdaus, buah hati K.Amie, puan penganjur Debar Menanti Kelahiran

Bagus sebenarnya idea K.Amie Little Kitchen mengadakan contest ni. Selain dapat berkongsi pengalaman, dapat juga throwback kisah kelahiran anak2. Tambahan pula hadiahnya lumayan - rantai tangan mutiara Sabah bah! Seronok juga nak mencuba nasib. Ada rezeki bolehlah melaram raya ni :)

Melihat kegembiraan kami suami isteri dikelilingi dua putera dan seorang puteri kini, ramai yang tidak tahu bahawa kami telah menunggu selama 5 tahun untuk mendapat zuriat pertama, Muhammad Fawwaz aka Abang. Jadi, kelahirannya sangat bererti kpd kami suami isteri. Hingga kini saya masih terkenang saat kelahirannya.

Sebaik kandungan memasuki usia 7 bulan, saya mula 'mendapat' darah tinggi. Setiap kali berjumpa Dr D utk pemeriksaan berkala pasti kena marah. Teringat lagi beliau asyik membebel kononnya saya tak jaga makan, tak cukup rehat dsbnya. Sudahnya beliau memberi saya cuti sakit selama 2 minggu utk berehat dgn harapan tekanan darah akan turun. Saya akui sangat takut utk melalui proses bersalin hingga saya tak boleh tidur malam dan sentiasa resah. Mungkin inilah puncanya.

Akhirnya Dr D memutuskan agar saya bersalin pada 8 November 2008, apabila kandungan cukup 37 minggu krn dikhuatiri tekanan darah tinggi saya akan membahayakan bayi di dlm kandungan.

Selepas mendaftar kemasukan wad, saya terus disorongkan ke labour room. Allah saja yg tahu perasaan saya saat itu. Melihat segala macam peralatan yg tersedia di dalam bilik itu menambah debar di hati. Sekitar jam 9.30 saya di induce. Tujuannya agar saya cepat bersalin krn tekanan darah saya sentiasa meningkat. "Lepas Zohor nanti bersalinlah" kata Dr D dgn yakin. Namun pintu masih belum terbuka, setiap kali diperiksa bukaannya hanya 2 cm. Saya sempat lagi solat Zuhur.

Memandangkan tekanan darah masih tinggi dan sentiasa meningkat akhirnya air ketuban dipecahkan. Doktor mula risau bayi lemas. Saya hanya mengikut asalkan bayi selamat. Lama benar kami menunggu kehadirannya. Kami serahkan kpd Doktor utk melakukan yg terbaik berdasarkan ilmu dan pengalamannya. Selebihnya kami bertawakkal kpd Allah.

Tidak lama kemudian saya mula terasa sakit yg amat sangat di sekitar pinggang. Menangis saya sambil meminta suami urut dan gosok belakang. Malah lengannya juga merah akibat cengkaman tangan saya menahan sakit. Sempat saya menelefon mak agar memaafkan saya sekiranya masih ada salah saya yg belum dimaafkan, w/pun saya telah meminta maaf kpdnya sebelum ke hospital. Begitu juga kpd suami. Saya takut masih ada dosa yg menyebabkan kesukaran ini. Teringat kisah Alqamah! Akhirnya saya memohon utk mendapatkan suntikan epidural. Masih ingat lagi ungkapan doktor bius "saya harap kita tak jumpa lagi mlm nanti", merujuk kpd c-sec operation sekiranya saya masih belum bersalin. Dalam hati saya sentiasa berdoa agar mampu bersalin secara normal.

Seorang demi seorang bayi dilahirkan. Suami yg menemani saya sentiasa melaporkan perkembangan di bilik2 bersalin yg lain. Setiap kali terdengar tangisan bayi baru dilahirkan dia akan keluar menjenguk. Bilik 5 dah...bilik 6 pun dah... tension saya!

Selepas Maghrib, nurse yg bertugas bergegas keluar slps melihat graf heart beat bayi saya. Saya sangat cuak. Dia masuk semula dan memaklumkan bahawa saya akan dibedah! Degupan jantung bayi semakin lemah, dikhuatiri bayi lemas jika dibiarkan. Air ketuban juga makin berkurangan. Dr D juga sudah dimaklumkan dan dlm perjalanan ke hospital. Sekelip mata saya disorongkan ke dewan bedah. Antara teruja dan debar saya pasrah dan reda.

Akhirnya penantian 4 tahun 11 bulan 2 minggu kami berakhir pada jam 8.33 pm. Saya hanya mampu mengangguk lemah antara sedar dan tidak tatkala Dr D memaklumkan bayi telah selamat dikeluarkan. Penangan ubat bius menjadikan saya sgt mengantuk hingga tidak mampu membuka mata.

Allah Maha Kaya. W/pun penantian 5 tahun kami telah berakhir, Dia masih ingin menguji saya. Hanya sekitar jam 5 pagi keesokkannya baru saya dibenarkan menatap wajah comel bayi saya. Saya tertanya2 apa sebenarnya yg berlaku kpd bayi saya hingga saya tak dibenarkan melihatnya. Menurut suami dan nurses bayi saya selamat dan sihat. Comel! Kata nurse. Namun selagi tidak melihat sendiri saya tidak berpuashati. Mungkin keadaan saya masih lemah dan perlukan rehat yg cukup maka saya dan bayi dipisahkan ketika itu.

Akhirnya selepas perjuangan yg panjang, zuriat pertama kami berada dalam dakapan. Kali pertama menatap wajahnya saya terus jatuh cinta! Inilah kurniaan Allah yg merubah hidup saya selama-lamanya. Alhamdulillah...

Abang yg sentiasa ceria dan menceriakan

Inilah cerita saya... cerita anda? Jom kita kongsikan bersama- sama dengan K.Amie.

P/s: K.Amie...saya suka warna hijau...tapi utk rantai tangan mutiara tu nak warna putih/cream or gold boleh? :) 





3 comments:

  1. Terima kasih Puan Hazel.... rasa sangat terharu, macam-macam perasaan menerpa semasa membaca pengalaman Puan Hazel. Sebak ada, meremang bulu roma pun ada.... ! Itulah pengalaman yang paling tidak dapat kita lupakan sebagai seorang wanita bergelar ibu....
    In syaa Allah... rantai tangan mutiara tu kakak akan pilih warna kesukaan Puan Hazel ye... terima kasih sekali lagi kerana sudi menyertai Amie's 1st Giveaway.

    ReplyDelete
  2. Ohhh... terlupa saya. Sila hantar nama penuh, alamat & no telefon ikut alamat emel saya ini ye: salamiez@gmail.com

    ReplyDelete
  3. t.kasih sudi baca k.amie...itulah..dah 6 thn pun si Abg tp dok teringat2 lg time bersalinkan dia.. it was one of the most momerable moments in my life...

    Nt sy email details kat k.amie..tq so much k.amie.. muwah!

    ReplyDelete