Masih dalam mood balik kampung, so I'm totally overjoyed. Nak update blog pun cam xde idea, bukan xde benda nak share tapi banyak sangat... hahaha... Sekali sekala balik kampung memang mengujakan. Rasa segala macam khazanah nak di bawa balik,especialy the herbs and ulam bagai yang tumbuh melata dan subur merimbun. Everything grows abundantly and anytime nak guna, petik je.
Sementelah anak-anak terlalu ralit & kusyuk bermain di laman, saya pun ada project tersendiri. Merayau-rayau dalam kawasan rumah Mak and memetik apa yang patut sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke KL.
Lets the pics do the talking noh...
Sekian, terima kasih...:)
Pokok palas (daun ketupat) - arwah Papa tanam pokok nie. Anytime rasa nak makan ketupat, petik je.. dah pokok depan rumah je kan, x payah susah2 cari kat pasar tani |
Daun kunyit.. tanam dalam tayar terpakai je.. |
Daun Sirih - senang nak pinang anak dara orang, daun sirih dah ade senang nak buat sirih junjung...:) |
Terung Belanda - kecik2 dulu ambik terung ni buat peluru senapang kayu, thrilled betul zaman kanak-kanak ku |
Bunga Kantan - 'pewangi' dalam masakan. Erm, tetiba rasa nak makan nasi goreng bunga kantan plak...:) |
Terung Kuning - boleh dimakan begitu saja sebagai ulam |
Pokok Salang - daunnya boleh direbus sebagai ulam atau masak lemak putih |
Daun Samak - pucuk samak biasa digunakan oleh orang kampung untuk dimakan bersama laksa atau nasi ulam Kedah style |
Belimbing Besi - makan gitu je la kan.. |
Pokok Kesum - daun wajib untuk laksa, asam pedas dsbnya.. Saya suka hiris nipis dan masukkan dalam air asam / kicap pedas sebab aromanya sungguh osem |
syok betul tanah kat kg kan.macam2 boleh tanam
ReplyDeletea'ah Long, yg syoknya xdelah kena siram bagai, tapi blh je hidup subur.. itu yg best tu
ReplyDelete