Kak Aida (anak saudara pupu) Ummi minta tolong aturkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk suaminya yang sedang dirawat di Hospital Selayang. Kanser yang semakin merebak :(
Walid tolong booking slot dengan SU Surau manakala Ummi pula in charge makanan sebab Kak Aida berhajat nak sedekah makanan sekali. Last minute juga ni ... Rabu baru nak order, majlisnya Khamis malam Jumaat. Syukur ada Cik Mila, senang kerja Ummi.
Solat hajat dan bacaan Yasin ni dibuat selepas solat Maghrib. Acik Mila hantar terus ke surau.
Syukur, Hj Azhar pun buat kenduri juga (tahlil & kesyukuran) jadi banyaklah makanan untuk para jemaah malam tu.
Alhamdulillah selesai dah majlisnya. Semoga Allah memudahkan urusan Kak Aida sekeluarga dan diberi kesembuhan dan kemudahan rawatan utk suaminya. Anak sulong Kak Aida sebaya Kakak, baru F1. Nombor dua dan bongsu masih sekolah rendah. Single income depa ni. Ni suaminya dah tak boleh bekerja, beratlah dari segi kewangan tu.
Mohon doakan ye kawan-kawan.
semoga dipermudahkan urusan buat kak aida sekeluarga. sakit jugak bila kepala keluarga dah hilang upaya utk cari rezeki :(
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanya buat mereka sekeluarga..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga.
ReplyDeleteYa Allah sedihnya.. saya ikut doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk suami kak AIDA 🙏. Semoga diberikan rezeki yang lancar untuk support keluarganya juga
ReplyDeleteLihat aneka makanannya, jadi lapar juga saya kak , 😍.
Moga dipermudahkan segala urusan Aida dan keluarga
ReplyDeleteSmoga dipermudahkan urusan Kak Aida & family
ReplyDeleteSemoga hajat yg baik Allah makbulkan dan gantikan dengan yg lebih baik. Jika bukan di dunia, di akhirat jua pasti Allah tunaikan .
ReplyDeleteSemuga Allah sembuh kan penyakit suami Aida Dan Di permudahkan urusan nya. Aamiin
ReplyDeleteKalau K yang semakin merebak...ya allah seram PH kan. Moga baik2 ajer dan dikurniakan kesembuhan.
ReplyDeleteAllahuakbar. Berat betul ujian anak saudara pupu sis, Kak Aida sekeluarga 😢. Anak2 pun masih kecik lagi dan suami pulak tulang belakang keluarga.
ReplyDeleteSemoga ada doa di kalangan orang2 yg datang majlis Yasin dan solat hajat tu diangkat ke langit dan diperkenankan oleh Allah SWT untuk kesembuhan suami Kak Aida, Ameen YRA 🤲🏻
Allah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga diringankan segalanya buat Aida
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan perubatan & diringankan segala beban.
ReplyDeleteshafahullah utk suami Aida..Allahul musta'an
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semua urusan Pn Aida sekeluarga. Semoga dikurniakan kesembuhan untuk suami Pn Aida. Tak tau kenapa membaca tentang anak-anaknya yang masih kecil dan single income rasa sayu pula hati ini. Semoga yang baik-baik untuk mereka
ReplyDeleteSemoga di kurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDelete