Sunday, 25 October 2026

Hajat

Kak Aida (anak saudara pupu) Ummi minta tolong aturkan majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk suaminya yang sedang dirawat di Hospital Selayang. Kanser yang semakin merebak :( 

Walid tolong booking slot dengan SU Surau manakala Ummi pula in charge makanan sebab Kak Aida berhajat nak sedekah makanan sekali. Last minute juga ni ... Rabu baru nak order, majlisnya Khamis malam Jumaat. Syukur ada Cik Mila, senang kerja Ummi. 

Kami order bihun goreng. 
Solat hajat dan bacaan Yasin ni dibuat selepas solat Maghrib. Acik Mila hantar terus ke surau. 

Sedap bihun Cik Mila ni. 

Syukur, Hj Azhar pun buat kenduri juga (tahlil & kesyukuran) jadi banyaklah makanan untuk para jemaah malam tu. 

Alhamdulillah selesai dah majlisnya. Semoga Allah memudahkan urusan Kak Aida sekeluarga dan diberi kesembuhan dan kemudahan rawatan utk suaminya. Anak sulong Kak Aida sebaya Kakak, baru F1. Nombor dua dan bongsu masih sekolah rendah. Single income depa ni. Ni suaminya dah tak boleh bekerja, beratlah dari segi kewangan tu. 

Mohon doakan ye kawan-kawan. 

15 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan buat kak aida sekeluarga. sakit jugak bila kepala keluarga dah hilang upaya utk cari rezeki :(

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segalanya buat mereka sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan beliau sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedihnya.. saya ikut doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk suami kak AIDA 🙏. Semoga diberikan rezeki yang lancar untuk support keluarganya juga

    Lihat aneka makanannya, jadi lapar juga saya kak , 😍.

    ReplyDelete
  5. Moga dipermudahkan segala urusan Aida dan keluarga

    ReplyDelete
  6. Smoga dipermudahkan urusan Kak Aida & family

    ReplyDelete
  7. Semoga hajat yg baik Allah makbulkan dan gantikan dengan yg lebih baik. Jika bukan di dunia, di akhirat jua pasti Allah tunaikan .

    ReplyDelete
  8. Semuga Allah sembuh kan penyakit suami Aida Dan Di permudahkan urusan nya. Aamiin

    ReplyDelete
  9. Kalau K yang semakin merebak...ya allah seram PH kan. Moga baik2 ajer dan dikurniakan kesembuhan.

    ReplyDelete
  10. Allahuakbar. Berat betul ujian anak saudara pupu sis, Kak Aida sekeluarga 😢. Anak2 pun masih kecik lagi dan suami pulak tulang belakang keluarga.

    Semoga ada doa di kalangan orang2 yg datang majlis Yasin dan solat hajat tu diangkat ke langit dan diperkenankan oleh Allah SWT untuk kesembuhan suami Kak Aida, Ameen YRA 🤲🏻

    ReplyDelete
  11. Allah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga diringankan segalanya buat Aida

    ReplyDelete
  12. Semoga dipermudahkan urusan perubatan & diringankan segala beban.

    ReplyDelete
  13. shafahullah utk suami Aida..Allahul musta'an

    ReplyDelete
  14. Semoga dipermudahkan semua urusan Pn Aida sekeluarga. Semoga dikurniakan kesembuhan untuk suami Pn Aida. Tak tau kenapa membaca tentang anak-anaknya yang masih kecil dan single income rasa sayu pula hati ini. Semoga yang baik-baik untuk mereka

    ReplyDelete
  15. Semoga di kurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete