Cerita long weekend hari tu tak habis lagi :D
Sabtu dan Ahad makan kenduri, back to back.
Isnin duduk rumah, layan cucu saudara.
Selasa outing pergi mall.
Kakak outing dengan besties SRAI dia di Melawati Mall. Sementara Kakak berjimba dengan kawan² dia, kami merayaulah dalam mall tu.
Cuci mata je :)
Ummi suruh dia pilih buku/novel untuk birthday present dia. Tapi novel dia nak takde. Staff kata branch terdekat yang masih ada novel tu di Wangsa Walk. Malas pulak nak ke sana.
Kemudian masuk BO, beli baju sorang sehelai. Best la outing & shopping berdua gini. Selalu tengok SA, Ezna keluar dengan Dania masing², MZ w her heroes, today my turn pula.
Makan dulu dekat food court.
Takdelah lapar sangat, tapi teringin nak repeat Bumbu Babah sebenarnya 😁
Itu yang ajak Adik makan dulu, sebelum teruskan aktiviti cuci mata :D
Nak ganti dish rack sedia ada yang dah lama usianya, ada part berkarat juga. Jumpa yang berkenan, beli terus.
Sampai masa yang dijanjikan, ambil Kakak dan gerak ke destinasi seterusnya.
Seronoknya ada keluar bersama anak-anak perempuan.
ReplyDeleteSekali sekala isi masa cuti NA :)
DeleteNak cari jugak la rack macam tu....
ReplyDeleteUncle cari dekat diy. Ada tu
DeleteKalau masuk MPH ni tak boleh sekejap dengan anak2 ni
ReplyDeleteBetul tu Kak. Kita pun ralit juga membelek buku 🤭
DeleteTeringin nak try bumbu babah tu.
ReplyDeleteCie kalau datang MM ni try la
DeleteSedap bagi Akk
Good idea jgk ni beli buku as bday present. Bleh amik idea sis utk bday che mek nnt =D
ReplyDeleteSila²... PH tak tau nak bagi apa, itu yg belanja dia novel tu. Asalnya nak tumbler tapi Maksunya dah bagi.
DeleteMemang best outing cenggini, lagi² dapat makan sedap dan beli baju, hihi.
ReplyDeleteKan SK... Keluar masuk kedai cuci mata sambil² tu isi perut :)
DeleteKalo pagi melawati mall dgn tisya mmg wajib masuk MPH.. Fav die dok belek English novel... Best outing ngan ank tu
ReplyDeleteLupa nak mentioned MT & Tisya 🙏🏻
DeleteYe, ralit kalau masuk kedai buku ni.
Aah, best outing dengan anak
Best dapat jalan² dalam mall, cuci mata, shopping dan makan².
ReplyDeletesesekali berjalan kat mall memang best
ReplyDeleteMall Melawati ini saya belum pernah datang. Asik mall yg itu2 saja saya datangi kalau ke KL 😄.
ReplyDeleteAdik cari novel apa tuh 😉... Saya pun ke KL nanti nak cari novel juga. Apa yg baru2 lah. Dah habis stok novel Malaysia saya di rumah 😄
mall ni sy suka pergi kalau kat luar tu ada pasar mlm penat2 jln bdn dah panas msk mall trs rs sejuk😁
ReplyDeleteSeriouslah Kakak.. masuk Miniso cuci mata je. Kuat iman kakak 😊
ReplyDelete