Wednesday, 16 July 2025

Sports Day 2025 ~ Abang & Angah

Jom simpan kenangan hari sukan Abang dan Angah di sini....

ABANG
Abang masuk acara tarik tali, wakil rumah biru. Tahun ni dapat pergi final 💪🏻

Biru vs Kuning 
Kuning ni juara bertahan. 

Acara tarik tali ni acara kemuncak. Habis dah acara lain baru acara tarik tali. Waktu puncak, pukul 1.15. Syukurlah cuaca redup hari tu. Tapi tetaplah rasa berlengas juga tengah² hari buta tu kan...

Acara puteri dulu, jadinya memang lamalah kami bersidai di astaka ni. Takpe, tahun ni last dah Abang di sekolah menengah ni. Jadi marilah kita cipta kenangan :)

Rasmi kipas baru :p 

Abang vs Jijul... Anchor rumah masing² 💪🏻

Sengit ye..

Tahniah kuning! 


Abang frustrated la kalah kan...
Lepas game dia baring. Ummi perati je dari astaka. Risau juga takut dia collapse. Syukurlah dia baring sekadar nak lepaskan kekecewaan. 

Terima kasih kawan² Abang yang ada dengan dia, saat bangun dan jatuh. Yang baju hijau tu buddy dia, Adly. Wpun hijau kalah dgn biru semalam (Adly anchor hijau), tapi untuk final tetap dia sokong biru aka team Abang. 
Seronok tengok semangat setiakawan depa. Sedih pun ada, berapa bulan je lagi nak bersama. Tup² dah nak habis F5 🥹

Tahniah 💙

ANGAH
Setakat ni Angah belum menyerlah lagi dalam mana² acara sukan di sekolah menengah ni. Tapi tetap ada sumbangan; peserta perbarisan. Perbarisan rumah sukan pun ada markah jadi Angah dikira turut menyumbang mata. 

Untuk perbarisan ni rumah biru (Ibnu Sina) dapat nombor 2. Tahniah 💙 

Tahun ni tema F&B. Tahun lepas Pasaraya. 
Hari tu sempatlah Ummi melawat booth rumah sukan. Seronok tengok kreativiti masing². Angah kata malam sebelum hari sukan tu dia tidur pukul 12.40 tgh malam. 

Rumah Ibnu Sina > Zusina 💙

Always my favorite bariSTAR gitewww :D 

Dengan VIP.

Rumah Ibnu Battuta = Bee-ttutah 💛

Ruman Ibnu Khaldun = Khalxue ❤️

Rumah Ibnu Rusyd = Rushboost 💚

Seronok tengok kreativiti masing² menghias. Kadang tu beyond our imagination. Ummi lupa booth mana yang menang, Khalxue kot sebab depa ada mascot kedai aiskrim tu. Dan kedai aiskrim tu pun taja minuman free untuk rumah sukan depa. 

Kalah atau menang tu adat pertandingan. Yang penting semua dah buat yang terbaik. 

Dan masing² dapat hadiah CUTI 😁


18 comments:

  1. Alhamdullilah tahniah buat anak-anak menyertai sukan sekolah, yang penting semangat kesukanan. Go Abang! Kalah tak mengapa. Tahniah buat Angah juga diatas kejayaan menang perbarisan.

    ReplyDelete
  2. kipas tu mmg penting di mana2 dgn keadaan cuaca panas skarang.....tahniah dpt bw pulang medal

    ReplyDelete
  3. Kreatifnya anak- anak ni...zaman kita dulu xde pun macam ni kan PH...hahahaha...tahniah buat Abang walau hanya Naib Johan..dah cukup kuat tu abang

    ReplyDelete
  4. dengan cuaca sekarang ni memamg da jadi macam kewajipan pulak kena bawak kipas tu huhuhu...mudah dan senang di bawa

    ReplyDelete
  5. meriah hari sukan sekarang ni.mcm2 tema ada

    ReplyDelete
  6. Acara sukan yang Etuza kira meriah ni..ikut warna biru, hijau, merah..tahniah aktiviti sihat emosi, fizikal dan mental

    ReplyDelete
  7. Kreatif betul rumah sukan masing-masing, Khalxue la, Zusina la. 😁👍 Nampak banyak usaha untuk buat tu. Tahniah kepada anak-anak yang ambil bahagian, walaupun tak menang, dapat pengalaman manis bila dah habis sekolah.

    ReplyDelete
  8. Tu kipas yang ada wap air tu ke?

    ReplyDelete
  9. Macam2 tema hari sukan sekolah sekarang ni kan. Meriah.

    ReplyDelete
  10. memang kreatif kan guru-guru dan anak murid sekarang dalam menghias rumah-rumah sukan masing-masing , meriah sukan abang ngah :)

    ReplyDelete
  11. Angah samalah macam Khilfi tak menyerlah dalam sukan. Kalau Kyra dengan netball, softball, apa jenis ball lagi ntah.

    ReplyDelete
  12. Wah, tema f&b, baru mlm td tgk di fb anak FL rumah sukan, tema bank, ada maybank, tabung haji, bank rakyat dan cimb, best jugak.. hahaha

    ReplyDelete
  13. Baguslah ada tajaan juga.
    Menarik mereka hias dan namakan rumah sukan beserta nama jenama.

    ReplyDelete
  14. Tahun terakhir sekolah, kita cipta kenangan untuk dikenang masa hadapan nanti. Bagus dorang ni berkawan. Semangat setia kawan sungguh. Okaylah tu dapat juga angah menyumbangkan points. Kreatif betul dorang hias rumah masing-masing. Berbakat masing-masing, all out untuk kemenangan.

    ReplyDelete
  15. kenangan manis zmn persekolahan anak2

    ReplyDelete
  16. Sukan sekolah ni selalunya Dania memang tak masuk apa2 acara. Tukang tengok je selalunya. Kalau sekolah rendah je Dania masuk acara.

    ReplyDelete
  17. Rumah sukan Zusina bertema Zus Coffee ☕

    ReplyDelete
  18. Sukaaa nama2 booth yg mereka buat 😄👍. Yalaah, anak2 ini sedari dini harus paham, kalo pertandingan ada yg menang, ada yg kalah. Yg penting tetap supportive dan bermain fair.👍

    Tarik tambang ini saya tak pandai. 🤣. Kalo main ini dulu, saya selalu pakai gloves. Tangan sakit tergores tali2nya 😅

    ReplyDelete