Monday, 14 July 2025

Adik ~Appointment ENT @ Pusrawi

Adik dah banyak kali complained telinganya sakit, tak selesa, kadang tak berapa dengar. Kadang tu bunyi berdesing dan air selalu masuk dalam telinga masa mandi. 

Dah beberapa kali bawa ke klinik biasa tapi after some times dia komplen semula. Risau pulak jadinya bawalah dia jumpa pakar ENT di Pusrawi. 

Sekarang banyak Doc share pasal ramai kanak² ada masalah pendengaran, penglihatan dalam usia muda. Mungkin pendedahan terlalu banyak pada gajet/skrin di usia muda. Macam Adik pun, seawal 5 tahun dah guna headphones untuk PDPR di zaman PKP dulu. Penggunaan headphones/earphones ni antara punca telinga bermasalah katanya. 

Pencinta buku ❤️
Mana² pergi dia suka bawa buku. 

Happy nak jumpa Doc.
Ummi pulak yang dup dap dup dap. Risau sebab anak kenalan kami baru didiagnosis gegendang telinga bocor dengarnya :( 

Alhamdulillah bila Doc checked semua okay. Takde tersumbat, takde apa² yang unusual dengan telinga Adik. Cuma Doc minta Adik buat ujian pendengaran utk tengok tahap pendengaran dia. 

Adik masuk dalam box ni, dipakaikan headphone dan pintu box ni ditutup untuk kurangkan gangguan bunyi dari luar. Kemudian staff mainkan bunyi dari luar dan sekiranya Adik dengar, Adik kena tekan button yang diberi dan respon Adik direkodkan dalam bentuk graf. Ada bunyi kuat, ada bunyi slow kata Adik. 

Alhamdulillah result Adik menunjukkan tiada masalah dengan pendengaran Adik. Ketidakselesaan dan sakit tu sebab suka korek telinga kata Doc. Adik memang suka sangatttt korek telinga. Dah berbuih mulut Ummi pesan jangan buat gitu tapi dok buat juga 😬

Ubat Adik. Kena titis salam telinga. 
Ada pil antibiotics juga Adik kena makan. Dia pilih pil instead of ubat air (liquid).

Silicone ear plugs (SEP) ni Adik kena sumbat dekat telinga sebelum mandi. Kalau berwudhuk pun nurse pesan jangan basahkan lubang telinga, renjis² dulu air sebelum dibawa ke telinga. SEP ni kena bayar sendiri, company tak cover. RM87 harganya. Imported from the US patutlah mahai :( 

Masa Ummi sakit telinga dulu pun SEP ni kena bayar sendiri. Jumpa Doc H ni juga tapi Doc tak ingat dah kot. It was in 2021, during the pandemics. 




22 comments:

  1. Alhamdulillah takde apa-apa yang serius.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tak ada masalah serius. Risau jugak kan.

    Saya pernah sebelah telinga hilang pendengaran. Pergi klinik biasa, doc tak dapat kesan masalah, suruh ke pakar. Dup dap risau kita. Rupa-rupanya cuma taik telinga keras πŸ˜‚. Doc nasihat jangan guna cotton bud. Sejak tu saya slow² stop guna cotton bud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayooo haha.... Abang dulu pernah juga terpaksa Doc H ni jugalah korek telinga keluarkan bijih tu ahaha

      Delete
  3. Alhamdullilah adik tak ada apa-apa....moga sihat selalu yer dik...muahh muaahhh dari aunty mieja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 🀲🏻
      Tq Aunty Mieja 😘

      Delete
  4. bahaya jika amalkan selalu....sekali sekala takpe...tapi apa kan daya waktu covid pembelajaran di rumah terpaksa guna

    ReplyDelete
  5. Syukurlah semyanya OK. Risau betul kan kalau bab telinga. Maklumlah kira rak nampak apa berlaku di dalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie. Benda tak nampak kan...

      Delete
  6. syukurrr alhamdulillah takda yg serius kan? moga adik terus sihat baik-baik je ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semuanya okay Ana 🀲🏻

      Delete
  7. Alhamdulillah tak ada yang serius. Get well soon ya adik.

    ReplyDelete
  8. Alhmdulillah
    Semoga cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tak ada yang serious. Agaknya kerap air masuk telinga tu, itu yang jadi berpanjangan. Korek telinga pun tak boleh kerap sangat. Semoga baik-baik je lepas letak ubat tu. Ubat-ubatan sekarang memang mahal.

    ReplyDelete
  10. Memang tak boleh korek telinga apalagi pakai cotton Bud. Krn akan mendorong kotoran semakin masuk ke dalam.

    Saya nih telinga kanan suka bermasalah juga kak. Dari dulu sampai skr. Tapi untungnya adik saya dokter ENT. Jadi kemarin pas di Medan, saya minta dia periksa telinga saya . Bukan cuma telinga saya, akhirnya semua telinga kami, sampai abang2 ipar dia diperiksa 🀣. Ada yg kotor langsung dibersihkan saat itu.

    Telinga saya yg kanan sering bermasalah dilihat juga. Akhirnya diksh obat. Sekarang dah baikan. Tp semoga jgn kumat lagi. Sudah nak jumpa si adik, Krn dia di Sibolga, saya jakarta 🀣. Kalo ke dokter ENT di JKT, selain mahal jujur kadang malu nak periksa. Takut telinga kotor πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  11. Akk pun pernah jumpa doktor pasal telinga sometimes tak dengar macam ada berdesing. Doktor pun advise jangan kerap korek dengan cotton bud.

    ReplyDelete
  12. Syukur alhamdulillah takde apa yang serius

    ReplyDelete
  13. Dah gi clinic dah buat examination at least legalah juga kan. Kalau tak tu resahhh je mikir apalah masalah budak ni

    ReplyDelete