Bertemu lagi kita di kelas masak-memasak bersama Cep Ummi :D
Bila Ayam Masak Merah sudah ready, teringin pulak nak makan nasi minyak. Kebetulan pagi tu nampak rakan blogger kita, Suzie bekalkan suami dan anak-anaknya nasi minyak.
Ummi ikut resepi Che Nom kali ni. Nasi Minyak Kenduri katanya... Tapi, ada sikit perbezaan sebab Che Nom letak pewarna oren, Ummi letak pewarna kuning.
Sumber: Che Nom
Bahan-Bahan
3 cawan beras basmati - Ummi guna beras biasa je
3 1/2 cawan air - guna 3 cawan air (sebab beras biasa)
1 cwn susu cair
3 sb minyak sapi
2 sb minyak masak
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia
1 helai daun pandan
Rempah 4 sekawan
1/4 cwn kismis
1 sk gula
Garam secukup rasa
Pewarna kuning/oren
Bahan Hiasan
Bawang goreng
Gajus
Daun ketumbar
Cara-Cara
1. Basuh dan rendam beras (< 30 minit, kemudian toskan airnya)
2. Potong bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
3. Daun pandan carik dan simpul - Ummi hiris, lagi kuat aromanya
4. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak
6. Tumis rempah 4 sekawan.
7. Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
8. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
7. Masukkan beras dan goreng sekejap.
8. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
9. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi. Masak nasi macam biasa.
10. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit. Ummi gemburkan nasi dengan garfu supaya warna sekata.
11. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
12 Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
13. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.
Alhamdulillah sedap kejadiannya. Licin seperiuk nasi tu. Sebagai tukang masak, puashatikan kalau masakan kita licin. Berbaloi rasanya berperang di dapur tu :p
Uishhhhh sedap2.. Memang menyelerakan.. Hilang penat memasak kan ummi bila tgk periuk licin habis semuanya.. ;)
ReplyDeleteSedapnya lauk org di sana.. skrg sy suka buat nasi serai sbb lg simple PH.. nasi minyak ni mmg dh ala-ala hari raya dh 😂😂
ReplyDeleteWah...menu kenduri in da hausðŸ¤
ReplyDeletePuas hati anak-anak makan tu..
I pun is telioq...🤣
Semangat hendak masak lagi ya.
ReplyDeleteWah..meriah! Kalau dah ramai peminatnya, boleh masak selalu.
ReplyDeleteSedapnyaaa......kat rumah SA sorang aje yang minat nasi minyak...eh..Dania pun...kalau nak makan memang tunggu kenduri...nak masak sendiri x pandai
ReplyDeleteSedapnya nasi minyak makan dgn ayam masak merah.
ReplyDeleteMesti sedap sangat air tangan Cep Umi sampai licin periuk nasi tu, kan. Barulah berbaloi2 berpeluh memasak di dapur.
ReplyDeleterajin sgh umi dinner masak nasi minyak
ReplyDeleteNasi minyak hidangan kenduri,
ReplyDeleteDijamah jemputan bersama taulan;
Pandai memasak baik pekerti,
Jadi ikutan jadi tauladan.