Monday 19 December 2022

Breakfast @ Swiss - Belhotel Kuantan

Setiap hari kami ikut Walid turun bersarapan di kafe hotel. Harga breakfast buffet; 

Dewasa: RM35.00/person
Kanak-kanak (6-12 y/o): RM15.00

Untuk bilik kami, deluxe double, dapat 2 breakfast coupons. 

Kafenya besar, ada open air area juga. Makanan juga pelbagai. Dah lama tak makan buffet sebegini, excited jadinya. Tapi masih sedar diri, tak mampu nak makan banyak dah haha... 

Hari pertama kami bersarapan di luar, menghadap laut. Sekali hujan, tempias habis tempat kami. Hujannya tidaklah lebat tapi angin pantai kan... Mujurlah dah habis makan :D 

What a beautiful sunrise subhanallah 😍

Sarapan hari pertama; 

Gambar atas sebelah kiri, pinggan Abang. Seronok tengok dia makan, berselera. Ummi makan nasi tomato dengan ayam masak merah hari ni. Tekak Melayu, nak juga nasi walaupun makan juga mee goreng sikit 😁

Hari kedua...
Ummi makan nasi hujan panas dengan kurma ayam pulak...


Last day ..
Teringin nak rasa lontong & kuah lodeh airtangan chef hotel, Ummi ambillah semangkuk. Memang 5 bintang rasanya 😋

In fact, semua makanan sedap-sedap dan suasana juga selesa walaupun ramai tetamu. Tempatnya luaskan...

Terima kasih kepada semua penaja kupon makan 🤗 

6 comments:

  1. Wah sarapan ada nasi hujan panas.
    Alhamdulillah murah rezeki si penaja.

    ReplyDelete
  2. sedap2 semuanya
    lama x mkn buffet hotel gini

    ReplyDelete
  3. Sampai kuantan nanti nak kena singgah juga sini.

    ReplyDelete
  4. Banyak menu berat untuk breakfast, harga pun berpatutan. Biasanya hotel serve nasi lemak / nasi goreng je pagi2, tapi hotel ni siap ada nasi tomato dan nasi hujan panas dengan lauk-pauk. Lebih dari berbaloi tu PH.

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan makanan, memang sangat berbaloi bayar.
    Siap ada lontong tu yang lebih menarik. Jarang jumpa buffet hotel hidang lontong.

    ReplyDelete
  6. komen semalam dah hilang...huhuhu

    ReplyDelete