Masa kemas kebun depan rumah untuk tanam pokok Belimbing Buluh, Ummi cabut sekali pokok letup-letup yang menjalar dan bergayut di pokok betik. Lepas tu menyesal sebab baru tahu pokok letup-letup ni banyak khasiat perubatan 😅
Ialah sedari kecil pokok ni tak dipandang pun. Paling tidak, ambil buahnya bagi kawan makan. Ummi tak makan buahnya, tapi rajin kutip bila nampak masak menguning tu. Maaf, Ummi tak kongsi khasiatnya sebab tak pernah cuba @ dengar dari orang terdekat spt arwah Tok atau Tok Wan. Tapi, kalau dicari infonya di Internet memang banyak dinyatakan khasiatnya.
Anak pokok letup-letup di tepi longkang. Ingat nak ambil tanam dalam pasu, sebab bunganya tu lawa. Kalau memanjat di pagar rumah, cantik ni.
Halia dalam peti ais ni sampai bertunas, lama sangat tunggu Ummi gunakan dia haha .. Ialah, 2 minggu pertama tu mana masak, dok hotel bajet kan :) Ummi letak sementara dalam compost bin. Hari ni alih ke tanah.
Anak terung ni harapnya hiduplah. Ummi terputuskan akar tunjangnya yang terselit bawah pasu pokok bunga ros :(
Harap semua hidup subur.
ReplyDeleteRajinnya berkebun. Moga terus tumbuh subur.
ReplyDeletemak ana pernah cerita masa zaman mak kecik2 dulu, mmg makan je buah letop-letop tu hehehe
ReplyDeleteberbudi pd bumi tuuuh., ;p
ReplyDeleteteringat zaman kecik2 dulu time nak pergi mengaji dgn kawan2 berhenti tepi semak kutip buah letup-letup makan sambil berjalan, manis buahnya..
ReplyDeleteSamalah, sy tak pandai makan buah letup2 ni. Dulu selalu tengok kawan2 makan. Takpe, dia senang hidup tu, nanti campak benihnya kat pagar semula.
ReplyDeleteberbudi pada tanah adalah hasilnya nanti...
ReplyDeletePokok letop-letop dulu masa kecik-kecik rajin juga makan buahnya tu. Sekarang dah tak jumpa pun pokoknya bila balik kampung tu
ReplyDeleteSaya dah komen semalam tapi dah takda🤭
ReplyDeleteTeringat masa kanak kanak..suka masuk semak sebab nak amik buah ni..suka tekstur lebih kurang buah markisa...
ReplyDeletecantik bunganya...
ReplyDeleteDah lama tak nampak pokok letup2. Anak2 kemain suka klu jumpa buah letup2 yg dah masak, dieorg suka makan isinya.
ReplyDelete