Ada kisah sebenarnya tentang nak beli ayam semalam. Seperti biasa, kalau ke pasar Ummi suka beli ayam dekat Adik Ayam :)
Tapi, semalam dia kata "ayam dah habis Kak!" . Aik, belum pukul 8.30 pagi ayam dah habis... Yang tinggal ayam pencen dan ayam kampung.
Mujur stok ayam di gerai gerai 'Kak Ikan' masih ada. Ummi beli 2 ekor macam biasa. Pelanggan-pelanggan yang datang kemudian macam dah berebut-rebut... Pegang yang ini, orang tu punya...pegang yang lagi satu, pun dah bertuan 😇😇😇
Rupanya ada isu tentang bekalan ayam segar sekarang ni ye, terutama di negeri Selangor. Kesian pula pada yang nak buat kenduri ke, open house ke musim-musim raya ni :(
Berbalik kepada tajuk, semalam Ummi beli juga nangka muda. Hari ni Ummi buat masak Kari Ayam bersama Nangka Muda.
Lauk ni kalau ada kenduri di kampung, femes ni! Regu dengan ikan goreng atau ikan masin dan ulam serta sambal belacan. Kalau ada kerabu tauge ke, pucuk paku ke lagilah umph!
Sumber: HaSue
Bahan-Bahan
Nangka muda yang sudah dipotong - Ummi rebus dulu hingga nangka empuk
3 s/m serbuk kari ayam/daging - bancuh dengan sedikit air utk dijadikan pes
Ayam - dipotong kecil
Minyak untuk menumis
100ml susu cair @santan cair - Ummi guna satu pek kecil santan segar
Garam/gula/perasa(jika suka) secukup rasa
Bahan Tumbuk Halus
1 tangkai cili merah - Ummi guna 5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 sudu mkn belacan - 1 inci belacan
Cara-Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau
2. Masukkan pes kari ayam (serbuk kari ayam/daging + air) dan tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan ayam dan reneh hingga ayam kecut dengan api perlahan
4. Tambah sedikit air. Kemudian masukkan nangka dan biarkan hingga ayam dan nangka empuk
5. Masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Biarkan kuah mendidih seketika. Tutup api. Siap!
Resepi ni Ummi kongsi ikut pemahaman dan cara penyediaan Ummi. Untuk keterangan lebih jelas sila ke blog HaSue ye. Terima kasih banyak atas perkongsian resepi ni 🌹 Sangat sangat sedap hasilnya, alhamdulillah.
Kari sebegini Ummi suka kuahnya cair sedikit. Kalau campur kentang, kena pekat. Selera masing-masing :)
Selamat mencuba 🤗
Itulah ayam KFC pun boleh habis takde stok huhuhu...
ReplyDeleteDah lama tak makan kari ayam dengan nangka terliur tengok gambar tu
Musim-musim raya kita pulak ayam nak hilang Mrs A kan :p
DeleteSaya pun suka juga makan jangka muda.
ReplyDeleteAlhamdulillah hasil buat sedap.
Sama selera kita hehe...
Deletebekalan ayam dh kurang kot nya lps raya ni.. huhu..
ReplyDeletesedapnya kari ayam nangka muda.. tp s xleh mkn nangka.. angin..
Macam-macam isu berkaitan makanan kan akhir-akhir ni :(
DeleteAlhamdulillah, akk ok lagi nangka... yg muda ke yg masak ke alhamdulillah boleh makan.