Dekat seminggu berpuasa ni, sajalah nak check berat badan :p Alhamdulillah, turun... Tapi 600gm ja πππ
Macamana nak turun, sahur makan nasi, berbuka makan nasi... Ikutkan Ummi dah prepared homemade pati kurma untuk diminum bersama susu untuk sahur. Tapi itulah, hampir seminggu berpuasa asyik makan nasi je ... Alasan paling utama, 'sayang makanan banyak' :( Ummi ni kalau puasa seorang diri (sunat @ qadha) setakat minum air seteguk dua saja time sahur. Tapi, bulan Ramadhan ni dah kita siapkan sahur semua, tak aci la kalau tak makan π Giteww....
Sehari sebelum puasa hari tu, dengan penuh semangat Ummi buat pati kurma homemade. Katanya boleh turun berat 10kg kalau diamalkan semasa sahur. Caranya: 1 gelas susu + 2-3 sudu pati kurma.
Yang atas tu tahun ni punya. Yang bawah tu stok tahun lepas. Ummi guna yang bawah tu untuk buat pati kurma homemade. Caranya: buang biji kurma, carikkan isinya, basuh dan kukus selama 20 minit. Kemudian kisar kering. Simpan dalam bekas bertutup dalam peti ais.
Kita tengoklah minggu kedua ni berjaya ke tidak ye :)
Menu Sahur
Nasi Goreng Sambal Belacan
Telur Mata
Teh O
Menu Berbuka
Nasi Putih
Tenggiri Goreng Berlada
Sup Telur & Suhun
Budu & ulam daun selasih
Roti John
Cekodok Roti Pandan Gardenia
Sirap Laici
Kuih Tepung Pelita
Murtabak
Last minute ... Pukul 7 lebih baru kalut potong cili, bawang sebab rasa macam tak lengkap juadah sebab takde sayuran hijau :) Dalam peti ais cuma ada carrot. Miscommunication dengan akak sayur di market tadi... Ummi minta taugeh sekali, dia lupa nak masukkan agaknya. Balik rumah buka plastik ada tauhu dengan mee kuning aje :D
Hari tu tengok blogger Suria Amanda berbuka dengan sambal Ikan tenggiri, teringinlah pulak π
Tapi Ummi buat goreng berlada, favorite Angah & Kakak.
Roti John... COD je...senang sebab dah kenal penjualnya, dah tahu rasanya. Anytime nak order Whatsapp je, nanti dia hantar. Tak payah ke bazar...
Cik As bagi sebungkus roti. Mungkin Ummi buat roti sardin @ sandwich esok, nak panjangkan sedekah. Oh ya, roti pandan Gardenia yang masih berbaki lepas buat Bingka Roti Pandan Kelapa Gardenia tu Ummi buat cekodok. Carikkan roti, rendam dengan susu segar lepas tu kepal dan goreng. Alhamdulillah habis juga.
Keropok tu Uncle Syafiq bagi. From Kelate with love π
Ini pula kurma dari YB, dapat usai solat terawih tadi.
Rajin PH masak dan buat macam-macam.
ReplyDeleteHehe betul sudah masak dan makanan banyak kena habiskan.
Hihihi ..
ReplyDeleteMasalah mak-mak nak turunkan berat badan selalu terhalang dengan lebihan makanan yang sayang nak buang...kita serupaπ€
Jadilah tu turun jugak 600gram dari tak turun turun. hehehe..dah lauk sedap sedap, tak kan tengok je kan. Sedap pulak nampak lauk ikan tenggiri sambal tu.
ReplyDeletePH ok la tu ada gak penurunan nya hehehe...
ReplyDeleteni ako x tau ada tuurn ke x ... ahhaha lupa plak nk timbang masa awal2 puasa aritu
600 gram tu lebih setengah kilo, PH. Banyak juga tu :)
ReplyDeletejadi lah turun jugak...SA ni inch loss tapi tu la..berat x turun lagi...hahahah..selalu gak buat ikan tenggiri goreng berlada...best
ReplyDelete