Tuesday 2 November 2021

Sedapnya Jamu Selera di Medan Ikan Bakar MPPD

Salah satu tempat yang kami plan nak pergi tapi mulanya tak jumpa! Lain yang kita tanya, lain yang Waze bawa. Tapi, dah tertulis rezeki kami, jumpa juga tanpa sengaja :D 

Terjumpa tempat ni masa kami meronda sekitar PD Waterfront. Sebelum ni hanya ikut jalan luar yang direct bawa kita ke pantai-pantai tapi kali ni kami susuri jalan dalam. Untuk ke sini, lebih senang pergi area Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, tak jauh dah tu. 

Subhanallah cantik sangat-sangat pemandangan di sini... 

Jeti tengah laut tu jeti TNB tak silap Ummi. Yang dekat ni tempat orang memancing. Tapi, takde pantai. Sekadar tembok pemecah ombak. 

Ada restoran ikan bakar yang nampak ekslusif. Mesti best makan di anjung restoran tu. 

Tempat ni luas, lengkap dengan bilik air. Tempat busking pun ada. Ruang parkir juga besar. 

Kami pilih makan di gerai Hj Fared Masrom (Samudra Ikan Bakar). Lagi satu ialah gerai Persatuan Nelayan PD tak silap Ummi. Sepanjang pengamatan Ummi hanya ada 3 ni sahaja termasuk restoran 👆 Kawasan luas jadi kita rasa selesa dan selamat, terutama di musim pandemik ni. 

Pilihan ikan dan harga lebih kurang saja antara 2 gerai ni. 

Sotong goreng tepung, kailan ikan masin, siakap 3 rasa dan udang goreng butter. Nasi putih 6 dan jus oren 1 jug. Total RM 148.50. 



Berselera kami makan sebab masakannya sedap dan tempat selesa serta tak sesak. Owner pun ramah. Most importantly, we enjoyed the food without having to think that other customers are waiting for us to finish our food. Penting tau bab ni :p 

Samudra Ikan Bakar
No 2 D, Jeti Kompleks Medan Ikan Bakar MPPD
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan
No Tel: 017 7475010

Sebelum tu, kami ke pantai depan Hotel Sri Malaysia tu... Tak ingat nama pantai ni tapi tempatnya memang crowded. Dekat Petronas tu ada pasar malam, gerai-gerai makan semua. Di pantai pula ramai juga yang berkhemah. Meriah! 

Tak plan mandi pun sebab tu semua pakai baju biasa je. Baru je anak4 nak main pasir, hujan la pulak huhu... Masuk kereta, ronda-ronda hinggalah jumpa Medan Ikan Bakar MPPD ni terus early dinner. 


18 comments:

  1. Sedapnya makanan laut. Nikmati setelah bersantai di tepi pantai. Lagi lagi duduk order je kan.. Cantik-cantik gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga tak layan seafood, sejak pandemik.
      Cantik tempat ni.

      Delete
  2. Haah penting tempat luas dan tidak sesak. Makan pun boleh ambil masa.
    Seronok jalan-jalan teroka tempat atau pantai yang belum dikunjungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA, dengan anak2 kecik ni keselamatan diorg paling utama. Selalu PH akan tengok tempat dulu kalau sesak mmg tak berani dine in.

      Delete
  3. Eh medan ni x pernah jejak lagi...
    ok pasni bole cuba juga la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, please :)
      Kalau ada bajet besar, cubalah makan kat restoran tu. Tempat nampak lagi selesa dan view lagi cantik, hadap laut.

      Delete
  4. rasanye wak penah smpi sini dulu.,. makan ikan bakar tepi fantai., ;p

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa.. sambil2 hirup angin laut

    ReplyDelete
  6. Cantik juga jeti tnb tu.. sedapnya makan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah teringin nak lalu tapi tak tahu mana jalan masuknya. Lagipun tempat larangan kot...

      Delete
  7. Wah, dulu kita pergi PD, macam belum wujud lagi medan ikan bakar ni, PH.. menariks ni.

    ReplyDelete
  8. Setuju sgt part makan without having to worry about those standing & waiting. Sebab tu ammi pun x suka pergi tempat yang sebelum nak makan kene beratur panjang. Sbb nanti nak makan sambil menikmati tu tak dpt... Dok kesian kat org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, hilang nikmat nak makan. Nak-nak org berdiri sebelah meja kita, waiting to book the table :(

      Delete
  9. seronoknya tgk org staycation

    ReplyDelete
  10. Insha Allah, nanti turn Kakmim pula :)

    ReplyDelete