Thursday 25 November 2021

Giant Mini


Perasan tak sekarang Giant dah ada cawangan kecil yang dipanggil Giant Mini

Ummi dah singgah di Giant Mini Taman Melawati (lot hujung sebaris dengan Balai Polis Melawati dan bersebelahan food court lama - gerai nasi ayam Hainan dan ABC femes tu). Sekarang ni pula rajin ke Giant Mini Sri Gombak. Lot hujung, berhadapan food court juga dan dulunya Pasaraya Bintang. Tak jauh dari KFC tu...
Satu lagi cawangan Ummi pernah nampak ialah di Taman Melati, sebaris dengan Satay Hj Samuri rasanya. Mengadap KL East Mall. 

Apa yang dijual? Macam-macam ada... 
Konsep kedai lebih kurang kedai Speedmart tapi sayur dia lagi banyak :D 


Susun atur dan ambient kedai pun selesa, kemas dan bersih. Dari segi harga, standard je dengan kedai-kedai lain. Ada yang lebih murah di sini, ada yang lebih mahal. Tapi, barang-barang tersusun elok dan tak crowded itu yang kami suami isteri suka singgah sini. 

Dulu-dulu rajin ke pasaraya tapi sejak Covid, rasa lagi selamat shopping di kedai-kedai kecil sebegini. Jimat masa dan jimat duit juga. Beli apa yang nak je, terus ke cashier. Pasaraya besar ni selalunya kena tawaf satu bangunan baru jumpa jalan keluar haha... Pusing-pusing nak ke cashier tu sempat penuh troli dengan barang takde dalam shopping list 😇. Maunya tak over budget :( 

Oh ya, depan Giant Mini Sri Gombak ni kan food court... Umi dengan Walid dating kat sinilah hari tu, sementara tunggu GM bukak. 
Kedai ni bersih. Makanan sedap dan service pun ok. Patut ramai geng Foodpanda lepak sini during lunchtime. 

Tak kisah di mana pun kita shopping, sentiasa patuh SOP ye. 


19 comments:

  1. Saya pun sudah jarang ke pasaraya. Beli sekali harung.

    ReplyDelete
  2. kaaan.... senang skrg x yah g GIANT yg besar tu...
    cuma kadang nak parking ssh, kita slalu gi yg kat maxim tu je or kat sentul.... klu sentul tu senang sbb sebelah sek uyum hhehe

    ReplyDelete
  3. tk tau pn ada giant mini..okla tkpyh p giant besar kalo nk beli skit2 kan

    ReplyDelete
  4. Setakat ni belum berkesempatan singgah mana-mana Giant Mini lagi. Senanglah dah ada Giant Mini ni kan... pilihan sayurnya pun banyak tu. Tak perlu nak terjah pasar rayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad lah pilihan sayurnya. Kalau di Melawati lagi banyak pilihannya likes thymes, parsleys semua ada

      Delete
  5. Baru tahu ada Giant mini jugak. Banyak jugak barangannya. Tersusun elok pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin skrg ni di sekitar Lembah Klang kot Fiza... akk pun tak sure tempat lain.

      Delete
  6. Saya pun baru tau ada Giant Mini...
    Tak pernah nampak lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat area Gombak ni ada 2-3 outlet nya MC..

      Delete
  7. kedai yang kecil dan kemas serta teratur memudahkan kita membeli barang sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan. lagi satu semuanya ada price tag, senang sangat nak buat pilihan.

      Delete
  8. oo kedai runcit baru ni.. ingtkn giant byk dh tutup kat mana2 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang hypermarket tu masih ada Wak...
      Yg ni rangkaian kedai macam Speedmart tu konsepnya.

      Delete
  9. tak pernah nampak lagi giant mini ni, hazel.
    bila byk jual sayur, menarik tu.
    kedai dekat dgn rumah aida, x byk jual sayur, boring!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe dalam Klang Valley je kot Aida, sbb masih baru juga Giant Mini ni

      Delete
  10. belum pernah bertenu giant mini... kat sini lambat sikit pasaraya pasaraya ni berkembang

    ReplyDelete