Terbayang-bayang lagi keenakan makan tengahari di Restoran Kari Kepala Ikan Hj Isenin ni. Restoran ni terletak berhampiran Medan Selera Semabok, Melaka.
Restoran ni menjual pelbagai jenis lauk kampung untuk makan tengahari. Ada juga makanan lain seperti mee kari, cucur dsbnya. Tiada konsep layan diri, semuanya dihidangkan. Habaq saja nak lauk apa, nasi berapa satgi depa mai hantaq ke meja. Ummi tak cuba pun kari kepala ikan sebab harganya agak pricey, bermula dari RM35 sepinggan. Bukan apa, anak-anak lebih suka daging jadi Ummi pilih daging tetel masak asam pedas. Yang ni confirm licin.
Alhamdulillah memang kenyang sangat makan di sini, sebab sedap dan selesa. Kami spent around RM70 untuk lauk- pauk di atas, nasi putih, minuman dan aiskrim sorang satu. Siap dengan dessert haha...
Walaupun ramai pelanggan tapi restoran ni besar. Ada juga bilik berhawa dingin untuk private function. Restoran ni juga pernah menang state level award untuk kebersihan ke keceriaan, sori Ummi dah lupa 😅
Model tak berbayar tersengih kekenyangan. Pantang ada port cantik, posing-lah kerja depa :D
Orang Melaka bolehlah terjah restoran ni. Orang negeri lain tunggu boleh rentas negeri dulu ye 😉
Macam di rumah. Ada buaian.
ReplyDeleteHehe...
DeleteSeronok kalau ada buaian di rumah :)
sedapnya lauk lauk tu.. telur ikan tu feveret !
ReplyDeleteSama kita, sepp utk telur ikan haha..
DeleteThanks singgah Nard.
makanan tu sedapnya! oh klasiknya buaian itu hehe
ReplyDeleteMemang sedap Shaz 👍
DeleteSelalu jugak sy makan di Semabok ni, tapi kat lot gerai2 tu, lain kali boleh cuba asam pedas hj isenin
ReplyDeleteCubalah SK, mesti twk menyesal :)
DeleteAdoiiiiii.....lapar menggigit-gigit perut tengok semua food ni
ReplyDelete