Tuesday 4 February 2020

Bercuti di Kuala Rompin, Pahang


Lembaran ke 24-25, Bab 1, Hikayat 2020 
(Jumaat - Ahad) 


Kali ni kami memilih Kuala Rompin, Pahang sebagai destinasi percutian sempena cuti Tahun Baru Cina.  Apa ada di Kuala Rompin? Mencari jawapan kepada soalan inilah yang membawa kami ke sini. Alhamdulillah Ummi & Walid punya citarasa yang sama, suka meneroka dan menjelajah tempat-tempat yang belum pernah dijejaki sambil bercuti. Soalan yang sama pernah ditanya rakan sekerja sewaktu kami bercuti di Mersing suatu masa dahulu. Bila kita jejakkan kaki ke sesuatu tempat, barulah kita temui keistimewaannyakan? Dan semestinya Kuala Rompin ada tarikan tersendiri yang menunggu untuk diteroka.

Item wajib untuk bercuti 😎

 Tempahan dan bayaran pendahuluan hotel sudah dibuat sejak September tahun lepas. Percutian yang telah dirancang sejak awal. Walaupun mood sedikit terganggu kerana Ummi dimasukkan ke wad beberapa hari sebelum pergi bercuti, tapi percutian ini tetap jadi kenangan manis buat kami sekeluarga.

Ikon Bandar Rompin ikan layaran (bill fish).
Ummi ingatkan udang galah sepit biru. 

Percutian 3D2N ni bermula seawal jam 8 pagi. Usai bersarapan di Kafe Sudu & Knife, kembara kami terus menuju Kuala Rompin.


Rompin ni berasal dari perkataan rhu (pokok rhu) yang banyak tumbuh di daerah ni. Ada sebatang pokok rhu yang tumbuh tinggi dan ramping di bahagian tengahnya. Dikatakan bahawa manusia boleh duduk di bahagian yang ramping tersebut. Maka, penduduk menggelar pokok rhu ini sebagai rhu ramping. Lama kelamaan yang tinggal hanya 'rompin', di sesuaikan dengan dialek tempatan. Inilah cerita asal usul nama Rompin seperti yang tertulis di plaque di atas. 

 Laluan yang dilalui selama 4 jam perjalanan termasuklah Gombak-LEKAS- Kuala Pilah--Jemapoh-Batu Kikir- Jempol-Bandar Sri Jempol-Felda Krayong-Bandar Muadzam Shah- Felda Kratong-Leban Chondong-Kuala Rompin. Dalam perjalanan tu, macam-macam lagi tempat yang kami lalui. Nama tempat yang unik seperti Selendang dan Melati pun ada.




Udang galah! Dijual di laluan sekitar Felda Kratong.

Mercu Tanda Zaaba, Jempol



Seronok dapat lalu tempat-tempat yang belum pernah sampai. 


Persimpangan Leban Chondong. Sampai dah Rompin. Kalau ke kiri, menghala ke Pekan, Kuantan dan kawasan sekitarnya. Sebelah kanan menuju ke Rompin, Mersing, JB dll. Juga yang sewaktu dengannya. Pilihlah jalan yang benar 😁

Kami sampai di Kuala Rompin sekitar jam 12.30 tengahari. Terus ke kedai idaman untuk memburu udang galah sepit biru, khazanah istimewa Kuala Rompin. Dapatlah juga kami merasa keenakkannya walaupun dah tinggal seekor ja. Rezeki kami.

Harga seekor ni lebih mahal dari 10kg beras 🤭

Suka tengok masjid ni. Banyak kubah kecil. 

Usai makan, terus kami bergerak ke Masjid Tengku Mahkota Abdullah, masjid daerah untuk solat jumaat. Ramai sungguh jemaah pada hari tersebut. Jemaah melimpah hingga ke luar masjid, berhampiran tempat wudhuk. Antaranya Abang dan Angah 😁

Teruja tengok resort yang sangat cantik. 

Solat dah, makan dah jomlah kita check in hotel. Alhamdulillah tak sia-sia tempoh perjalanan yang jauh. Resortnya sangat cantik. Ingat nak tidur seround, tapi kolam mandi di sebelah bilik serta deruman ombak memanggil-manggil kami untuk segera berlibur. Haha... Puitisnya ayat Ummi :D

Main pantai dulu... 

Kemudian berendam dalam pool... 

Pekan Kuala Rompin ni kecil sahaja. Tapi lengkap segala kemudahan; bank, pusat perniagaan, stesen bas/teksi, pejabat kerajaan, bomba, polis. KFC, dobi layan diri dsbnya. Macam pekan Baling juga. Pasaraya yang besar ialah TMG, sama macam di Sri Gombak. Bila malam, tidak banyak kedai yang dibuka. Tambahan pula, cuti perayaan jadi kebanyakan premis perniagaan milik kaum Cina ditutup.

Menjamu selera di Restoran Hidayat yang letaknya berhadapan Petronas. Alhamdulillah kenyang. Ada rakan menyarankan kami makan di sebuah restoran ni. Tapi puaslah kami ke sana sini, tak jumpa juga kedainya. Waze pun gagal bantu! 
Maggi sup ni sedap 👍

Hari pertama ni kami lebih banyak menghabiskan masa di resort. Hari kedua barulah jauh langkah kami, hingga 'terbabas' ke negeri Johor!


5 comments:

  1. Rajin jalan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki, ada ruang & peluang utk teroka bumi Malaysia tercinta :)

      Delete
  2. best nyer!
    bila baca tentang holiday ni, aida terbayang keadaannya.
    happy. excited!

    ReplyDelete
  3. Pack your stuff and go hehe...

    ReplyDelete