Friday 26 July 2019

Aqiqah Sofi's son


Kakak: "Cikgu, saya tiap-tiap minggu ada kenduri

Haha... Memang betul pun, saban minggu ada jemputan kenduri/makan-makan untuk kami. Sejak Syawal sampai hujung bulan 7 ni alhamdulillah ada je jemputannya. Minggu lepas sahabat kami, pasangan SA & AS jemput ke kenduri kesyukuran sebelum mereka berangkat ke tanah suci awal bulan depan. Tapi, kami tak dapat penuhi jemputan mereka, ada urusan lain. Mujur juga Syawal tempohari kami dah bertandang ke kediaman mereka, beraya bersama Geng EMS. Tidaklah terasa ralat sangat bila tak dapat hadir. Yang ralatnya, entry gathering kami tu Ummi sempat Ummi siapkan :( Soon, insha Allah. 


Ahad tu baru kami ke Shah Alam, meraikan majlis aqiqah anak ofis mate Walid di Bukit Jelutong. Kali pertama Ummi sampai di kawasan 'orang have-have' ni. Datuk/Datin belaka para tetamunya. Nampak juga kelibat Dato' Awang Adek, mantan menteri/timb menteri dulu. Ummi dulu semasa masih bekerja selalu juga berhubung dengan PA beliau, Pn Rokiah yang selesa membahasakan dirinya Kak Rok. Peramah dan very helpful. Dato' Awang pun sempoi je orangnya. Tak pernah nak guna holding room yang disediakan untuk VIP. Pernah juga kami terkena dengan beliau. Kalut Ummi call bodyguard Dato' utk tanyakan lokasi beliau sebab masa untuk rasmikan majlis dah hampir tapi beliau masih belum kelihatan. Ummi ni dah kena jegil pula dengan boss dah time tu 😆 Sambil ketawa, beliau maklumkan Dato' Awang sedang lepak minum pagi di cafe hotel!

Berbalik kepada kenduri ni... Jom kita layan gambar-gambar yang Ummi ambil. Paling menarik perhatian of course lah kepelbagaian menu yang disediakan. Boleh dikatakan semuanya Ummi rasa. Dan sedap semuanya! 

Nasi Arab ni asyik melambai Ummi ja 😂



Kambing golek;  


Tengah ambil spaghetti untuk Adik, terdengar orang sebelah bersembang "u dah try nasi dagang ni? Rugi tau tak cuba..." bukan seorang dua yang cakap tau.... Ummi pun apa lagi, capai pinggan ambik lah sesenduk, buat rasa jadilah. Nanti balik rumah takut dok teringat pulak haha... 

Betoi, sedap nasi dagang ni. Terbaik 👍

Desserts Table. 

Orang makan dessert last sekali. Angah yang ni dia capai dulu. He has a real sweet tooth. 

Ini pula pelamin aqiqah. Cantikkan? 


Thanks a lot Sofi & family for having us. May baby Ayman are blessed with good health and lots of love and become a wonderful son. Aamiin.

2 comments:

  1. Haha terliur saya tengok gambar makanan 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya, sebab semuanya sedap belaka 😆

      Delete