Sunday 19 May 2019

Persiapan Raya pt 1


Sekejap je kan, dah masuk pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah nak raya. Rasanya ramai yang dah mula buat persiapan raya kan? Ummi pun sama. 

Jom tengok persiapan raya kami;

1. Baju raya pertama
Yang ni memang top of the list. Every year, before Rejab (guna bulan Islam, senang nak refer sebab tak berubah. Puasa tetap bulan Ramadhan hikhik) baju melayu Walid dan Abang dah siap hantar tailor. Once dah beli kain baju melayu Walid tu, kira confirmlah warna tema for that year. Kalau beli kain untuk Ummi dulu, ada possibility untuk berubah haha... Baju Ummi pula depends, kalau nak tempah hantar time ni juga. Kalau rasa nak beli ready made, tunggu bulan Syaaban kita beli. Sebab time ni butik/kedai dah mula keluarkan stock baju raya. Begitu juga baju untuk Angah and his sisters. Jaranglah kami nak shopping di bulan puasa kecuali accessories pelengkap gaya. 

2. Booking homestay/hotel
Apa daya, rumah pusaka dah jadi milik orang. Jadi, untuk bermalam di kampung Ummi kami kenalah book homestay atau hotel. Sejak anak-anak dah makin besar ni, kami prefer homestay. Selesa, bak beraya di rumah sendiri. Kadang tu jadi tempat kami berkumpul adik beradik juga. Ini pun done. Dua bulan sebelum puasa dah booking. Bukan apa, demand tinggi untuk homestay di musim raya ni jadi kena awal. Nak tumpang bermalam di rumah saudara mara pun faham lah, time raya anak cucu depa pun pakat balik. 

3. Duit raya
Duit raya pun Ummi dah tukar. Biasanya habis minggu pertama puasa tu, dah boleh tukar duit. Bab yang melibatkan pihak ketiga ni, Ummi memang pantas. Tak suka last minute nanti kena ke sana ke mari nak tukar duit.

3. Baju kasual
Jumlah baju kasual ni bergantung kepada jumlah hari kami akan spend di kampung nanti. Biasanya 3-4 helai. Untuk anak-anaklah ni. Tapi tidaklah Ummi beli serentak untuk 4 orang permata hati tu. Beli bila ada sale, then simpan. Kalau ada keperluan untuk pakai awal, contoh kenduri dsbnya pakai je. Untuk raya beli ganti semula .Means depa sentiasa ada baju baru untuk special occasions. Yang murah-murah je. 

Dulu Ummi suka ke warehouse sales. Banyak choice and affordable price. But after some times, Ummi tengok harganya makin tak berbaloi. Dan pilihan pun limited. So, in recent years Ummi kembali membeli di shopping malls. Biasanya di Aeon. Selain offer yang berbaloi, lately Aeon (Ummi baru tau since late last year, during Xmas sale) akan lelong baju  serendah rm5 hingga rm20. Akan ada rak khusus yang diletakkan di ruang yang strategic untuk dilihat pelanggan. Cubalah ushar. Ada placard besar depa letak; rm5, Rm10, Rm15 dan rm20. Time nak bayar tu, minta cashier check dulu price. Sebab adakala, tercampur juga dengan not for sale items. Ummi dah banyak kali shopping items ni. Last year, Ummi dapat grab baju kurung brand Puteri dengan harga Rm15 je sepasang! Harga asal rm75. Blaus pun sama, Rm15 je from harga asal rm60 plus. Biasanya offer ni depa buat during festive season. Lagi satu in between raya puasa and raya haji (bulan Zulkaedah) pun ada offer best juga. Nak clear stock baju raya. Time ni baju kurung, dress are offered at 50% discount. 

Seluar Adik ni hanya rm5 sehelai. 

Tengoklah harga asal, close to rm50.
Harga offer hanya rm10 dan rm15 for seluar dan baju respectively. 

Catch of the day!
Dress Adik ni rm10 je 😍

4. Kuih raya
Bab ni kena tunggu ada mood dulu. Biasanya last 10 days of Ramadhan. Orang sibuk kejar Lailatul Qadar, Ummi sibuk buat kuih raya 🙄 Macam tak tahu, kuih raya Ummi kan simple je semuanya; popia cheese, popia nestum itu je... Tak banyak masa pun nak sediakan. Insha Allah malamnya masih punya tenaga untuk beribadah. Pandai-pandailah manage our time ye ibuk-ibuk. Eh, lupa. Ummi dah beli kuih tunjuk-tunjuk 2 balang 😊

5. Aksesori raya

Kasut raya untuk Adik.
Beli di jualan Poney last week.
Aksesori ni termasuklah songkok, kasut, tudung, brooch, butang baju melayu dsbnya. Ini last minute biasanya. Malam raya ke... Sambil jalan-jalan cuci mata dekat bazar raya, kadang tu 'ter'beli juga kalau 'ter'berkenan. Cuma kasut, tudung tu beli awallah kalau perlu. Takdenya malam raya baru gigih nak cari tudung matching dengan baju raya. Kalau tak jumpa, tak ke naya pagi raya pakai baju & tudung tak matching color? Confirm mood beraya ke laut. Hah, lagi satu masuk kategori aksesori ni handbag raya. Ish, macam-macam kan orang pompuan ni.

Kalau dah begini, memang kena beli barulah kan?

6. Perabot raya
Tahun ni tak tukar langsir huhu.. Sofa pun tak tukar. Tapi nak juga benda baru haha... Beli je kerusi meja ala garden set tu. Janji ada item baru kat ruang tamu tu. Alhamdulillah Walid penyabar orangnya. Layan je karenah Ummi ni. 


7. Kereta raya
Kalau dapat yang ni memang raya sakanlah. Tapi, belum rezeki kami lagi nak beli kereta baru raya ni. Tapi pernah merasa pakai kereta raya few years back. Time tu, kembang kuncup hidung bila saudara mara asyik tegur kereta baru je haha... Memang raya sakan tahun tu. Ziarah sana, ziarah sini sebab seronok naik kereta baru. 

Seronok bercerita pasal raya ni kan. Tapi, jangan dilupa. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Harapnya kita dapat mengisi ruang dan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Banyak juga berita sedih yang kita dengar; pemergian Ust Hassan Din Al Hafiz beberapa hari sebelum Ramadhan, pemergian bekas rakan sekerja Ummi, pengasas Dnars, Hjh Faziani Rohban Ahmad dan Chef Adamdidam di bulan mulia ni. Semuanya mengingatkan kita bahawa kematian itu satu kepastian. Dan ianya sangat dekat :(
Al fatihah untuk mereka. 


15 comments:

  1. kita pun ade tunjuk jugak sebalang dua...kek lapis nanti dalam berapa hari nak raya baru pulun buat kat kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sedap kan kek Sunah buat. Almaklumlah tauke kek hehe

      Delete
  2. Aishhh....bulan pun dah terang benderang...menandakan bulan puasa dah tinggal separuh aje. Cepat betul rasanya masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis? Rasa, cepat benar Ramadhan nak tinggalkan kita huhu

      Delete
  3. Dah nak dekat raya dah kan ummi.
    Boleh dah ganti handbag raya 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha nampak nau teruk sangat beg tu kan k. Laili hihi

      Delete
  4. Wah! dah banyak yang settle tu.
    Kalau Mrs. A pulak penyakit sikit suka jer.. last minutes huhuuhu...
    Yang Xmas sale kat Aeon tu Mrs. A pun suka time tu memang murah-murah giler macam tak percaya je harga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is cannot last2 minute ni Mrs A :D semua kena prepare awal kalau tak susah hati haha

      Delete
  5. menjelang raya, banyak sangat barang yg nak kena beli. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Nak sedapkan hati "ala, setahun sekali" kihkih...

      Delete
  6. Meriahnya persiapan raya...hahaha kena beli handbeg raya tu puan hazel

    ReplyDelete
  7. ehem.. ehem boleh raya umah akak.. hehehe

    ReplyDelete
  8. thn ni preparation raya aida & famili sgt minima.
    more to proses pindah rumah je.
    duit pun abis ke rumah baru hu hu hu huhu...
    mendadak sgt mr.asben ajak pindah. tu yg kelam-kabut hu hu hu hu...

    ReplyDelete