Wednesday 5 September 2018

Best ke makan di Padang Brown?




Sejujurnya Umi tak pernah dengar/tahu pun akan kewujudan port makan (Padang Brown) yang dikatakan popular di Penang ni. Padang Kota Umi taulah. 

Bila Tok Umi ajak makan kat situ kami ikut je lah. Takde lah nak Google tengok review dsbnya. Tok Umi pun dengar dari kawan dia pasal tempat ni. 

Kami sampai before Maghrib. Parking full sebab tempat sempit. Ada 2 orang jaga parking & collect duit (rm2 per entry). Bila sampai turn Walid dekat pondok parking tu, bro tu cakap "lagi 1/2 jam bang" Biaq betoi nak kena tunggu parking kosong sampai 1/2 jam... Keta paksu & paklong kat belakang respectively.  Belakang depa umi tengok que makin panjang. Friday evening pulak... Dalam 15-20 minutes menunggu, dapatlah kami semua parking. Itupun double park.

Terus je cari table dan dapatlah table untuk kami 20 orang. Ramai orang dan agak sesak juga. Entah kenapa umi tak suka dengan ambience kat sini. Tak conducive bagi Umi. Mungkin Umi jenis tak suka tempat sesak kot.



Datang lah 2 orang waiters (1 gerai air, 1 gerai mee) nak ambik order. Since korum kami tak cukup lagi, kami hold dulu. That time Tok Umi & Tok Ayah pi solat. Lagipun tak rasa nak makan mee. Semua nak try pasemboq kat sini. Sempatlah mamat air tu cakap  "satgi kalau nak order ayaq, saya kat situ naa" sambil tunjuk stall dia. Yang mamat mee tu tak kata apapun.

Biasalah bila dah ramai, masing-masing ada selera sendiri. Ada yang order sup, nasi goreng dsbnya. Yang wajib kami nak makan is pasemboq. Maksu punya job order pasemboq ni. Tipsnya kena inform awal2 kita nak harga berapa-berapa... Jangan main order je 1-2 pinggan terus. Satgi dia letak banyak and charge pun banyaklah. Macam kami minta range rm15 sepinggan. Ambik 2 pinggan cukup. Air mula tu maklong order air jug je, satu panas satu sejuk. Tapi order dekat gerai lain, sebelah stall sup. Tup-tup mamat air yang first tadi tu datang sekali lagi terus sound kami "duduk sini, minum kena order sini" Pulak! Yang mamat mee tadi pun push suruh kami order dengan dia juga sebab kami duduk kat kerusi meja dia. Kalau tak, sila pindah meja katanya. Amboi cantiknya budi bahasa. Awat tak habaq tadi, bagitau elok2 conditionnya begitu. Ingatkan style Pekan Rabu tu, duduk mana, order kat mana pun tak kisah. Since kami ni big group, ada warga emas & babies, malas dah nak pindah meja so orderlah mee rebus semangkuk untuk puaskan hati dia. Sedap? Kalau ikut bahasa Kedah "Haram tak sedap" atau bahasa lembutnya tak sedap langsung hahaha...

Biasa-biasa je pasemboq ni. 

Pilihan anak2. 

Yang mamat air tu, masih tak puashati. Boss dia pun datang and asked him to 'kasi setel', make sure kami order juga air dgn depa. Bila mamat air jug tu nak confirm order, bertekaklah depa dengan mamat air jug tu depan kami. Very rude and tak hormat customers langsung. Akhirnya mamat air jug tu mengalah so terpaksalah order air dengan dia juga. Slow talk la bro...setel belakanglah. Takyah gaduh depan customers. Kita nak makan pun hilang selera!

Menambah ketidakselesaan, menjelang pukul 8 tu dah start pulak loud music. Ada stage kat situ and dia punya speaker kuat macam konsert. Yang Umi musykil sampai ke hari ni is lagunya lagu Cina tapi audience (customers) overall Malays. Adalah Umi nampak satu Chinese couple sedang makan  and sorang uncle (apek) lepak bawah pokok. Berhadapan dengan stall bumis ni ada stalls untuk Chinese hawkers tapi semua pun tutup. Kat simpang jalan bahagian sebelah sana padang (jauh dari sini) Umi nampak ada stalls sementara untuk peniaga Cina and customers pun penuh.  Sebab tu Umi tak faham apa motifnya buat konsert kat sini. Siap ada live song lagi. Kesian pulak Umi tengok amoi tu kemain sakan dia menyanyi tapi audience sorang je (uncle tu le). Lain-lainnya bebudak ni la dok berjoget ikut muzik 😇

Stage. 

Since keadaan tak conducive kami pun pakat perabih makanan and chow cepat-cepat. And guess what? Orang yang jaga parking tu dah menghilang dah. So sesapa yang masuk kendian tu parking free je lah.

Kesimpulan yang Umi boleh buat is food kat sini so-so je. Apatah lagi dengan nak kena que untuk masuk parking, not so worth it. Till now Umi tak baca review orang tentang tempat ni so Umi tak sure ada specific stall ke yang jual food sedap or not. But in terms of variety almost every Penang signature dishes ada; char kuew tiau, pasemboq, mee dsbnya.

Harga? Tak padan dengan rasa:(  Contoh nasi putih & sup daging Walid order RM9.50. Umi rasa mahai :)

Mungkin bukan rezeki kami nak rasa food yang sedap dan situation malam tu pulak not in our favor so conclusionnya this gonna be the first and last visit here :(

4 comments:

  1. Sebelum kita menjamu selera pun ada drama dari tokey kedai.. Berebut customer satu hal.. Tak patut depa buat camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Potong betul :(

      Thanks for dropping by ye LZ.

      Delete
  2. CT tak pernah sampai sini hehe.. selalu makan pasembor pakcik joget sebab suka kuah dia sedap =)

    ReplyDelete
  3. Saya orang Jelutong, kalau pi padang brown setakat nak makan satay ja. Satay nazirah. Kalau tak kerana satay memang tak mau pi pun pasal saya tak makan pasemboq. Rata2 org mai nak mkn pasemboq kat pdg brown ni. Makanan lain pun boleh la, biasa2 ja. Harga makanan di pdg brown mahai sikit dari astaka lain. Hat parking tu seberang jalan dari entrance boleh dapat parking, cuma nak kena lintas jalan ja.

    ReplyDelete