Tuesday 9 January 2018

Ramly Bistro Masjid Saidina Hamzah



Ada sekali tu Walid bawak balik burger Ramly. Sedap ala2 burger McD. Tapi next time bila suruh Walid beli katanya kedai dah tutup. Sayang rasanya sebab produk dah OK, packaging semua cantik setanding dgn jenama terkenal tu... Rupanya they temporarily close for renovation 😊. 

Now dah reopen. Masih di tempat yang sama juga, depan pintu masuk Masjid Saidina Hamzah Kg Batu Muda, dekat2 dengan tanah perkuburan tu. 





Tempat dah cantik, ada yang open air dan ada yang berhawa dingin. Selesa dalam tu. Memang style fast food chain, kerusi meja sofa semua ada. TV pun on je. Dua TV, dua channel berbeza. Pening kepala hehe...

Ini yang kami order... 





Ala2 burger yang famous tu kan? Taste wise ? Superb! 

Harga berpatutan. 

Waktu operasi dari 8.30 pg - 11 mlm. Last order at 10 pm.

Bistro ni bukan saja jual burger semata tapi ada food lain juga, ala carte & set. Cater utk breakfast sampai lah ke dinner & supper. Dah tutup pukul 11 kan boleh lah supper sekali dak 😉
 Aiskrim pun ada tau... 



Kalau teringin nak makan buffet pun ada juga. But on weekdays only. Harga sangat berpatutan i.e. dewasa rm12.00, kanak2 rm8.00 dari pukul 12.00 t/hari - 2.00 ptg. Dah plan nak dating dengan Walid. Tunggu lah bila free... Insha Allah. 


16 comments:

  1. wahhhh best juga kat sini rupanya yer... akak selalu lalu kat situ dok wonder jer camna kat dlmnya, apa menunya, tak pernah singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Kak...boleh lah nak santai2 makan burger macam kat fast food chain tu...

      Delete
  2. best nampaknya, besar dan selesa juga kedainya. pernah juga makan di outlet ramly ni sedap dan harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ada juga ke Kat tempat lain? Ingatkan this one je hikhik...

      Delete
  3. Now I'm craving for a burger!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...go and satisfy your craving madam :)

      Delete
  4. anak sy pun suka buger ramly, sekrang smpi pening kepala nak bento yg ada burger ramly.. bolh try sini la nnti

    ReplyDelete
  5. Lamb grill terbaik.. Alhamdulillah. Kurang lemak n portion pon besar

    ReplyDelete
  6. lokasi kat mana?susah nak cari kedai ramly burger ni.

    ReplyDelete
  7. lokasi kat mana?susah nak cari kedai ramly burger ni.

    ReplyDelete
  8. lokasi kat mana?susah nak cari kedai ramly burger ni.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Ramly Bistro Batu Muda...besar...tp sentiasa ramai org....saya biasa pegi lunch hour...boleh mkn set bufet...biasanya pegi dgn anak bujang la time dia blk asrama....ais krim mcm kat Masjdil Haram punya ais krim...soft...anak² sgt suka.utk stok frozen umah,kami shoping kat kilang dia...satu lorong selepas dia (menghala Batu Caves)....jd ahli...seumur idup...dptla harga ahli...mcm² kami borong...lamb...chicken chop..nuget..satay...semua la...masa pi Seoul pn, kami bw stok frozen by Ramly...sbb anak² mudah nak masak kt sana...Alhamdulillah...syukur pd Allah Taala...ada kedai Muslim mcm ni.Moga Allah Taala kurnia lbh kejayaan produk Islam.

    ReplyDelete
  10. Sesapa nak cari , google/waze MASJID SAIDINA HAMZAH...sbb dia share pagar dgn masjid.

    Sehala dgn Tmn Koperasi polis...Maxim...One Maxim...jalan lurus...smp Bt Caves.
    .hala sana pulak...jalan lurus...smp KL...

    ReplyDelete
  11. My favorite! I am personally very satisfied with the service of Ramly Bistro
    Ramly Bistro. Fast and friendly staff service, high quality food and reasonable price.

    ReplyDelete